iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Ogos 18, 2010

Ahdaf Pemuda 2010 Bahagian ke 2

UMNO telah memulakan Loteri di Tanah Melayu seawal tahun 1951

UMNO sebenarnya telah sekian lama berkecimpung dalam kegiatan perjudian seawal tahun 1951. Mungkin ramai dari kita yang masih tidak tahu bahawa UMNO pernah menjadi penganjur judi loteri, fun fair dan kabaret. Para Ulama' ketika itu menentang sekeras-kerasnya kemungkaran yang telah UMNO lakukan.  Antara bukti jelas pembabitan UMNO dalam perjudian dapat  dilihat daripada keratan akhbar Utusan Melayu bertarikh 20/8/1951 yang bertulisan jawi (gambar) serta salinan surat yang mengaitkan UMNO dengan loteri:

“Pulau Pinang - 19 Ogos: Loteri UMNO kalau seperti yang biasa dibuat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu ditakrifkan masuk ke dalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut di dalam Al-Quran. Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau Pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-Khairiyyah, Pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan dihadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.”

FAKTA AL QURAN :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٠﴾ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor(keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (QS Al Maidaah : 90)