iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Disember 28, 2009

BAYI YANG KRITIKAL DAN RAKYAT YANG TERTINDAS




(Harian Metro 26 Dec 2009)

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Ulasan NKP DPPKIT :

Inilah kediaman rumah ADUN Chenor itu yang sedang dibangunkan
 
Ramai orang yang bersimpati dengan bayi ini termasuk saya sendiri, ini kerana perbuatan ibu bapa mereka yang tak tidak punyai hati perut.Beginilah keadaan kita selaku rakyat malaysia yang diibaratkan sebagai anak manakala kerajaan pula sebagai ayah.Kadang-kadang anak menjadi mangsa kebuluran di sebabkan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab. Ayah makan nasi berlaukkan ikan tenggiri manakala anak pula berlaukkan ikan bilis buktinya sebagaimana dibawah ini... (Gambar Ehsan dari www.pahangdaily.blogspot.com )

Ini pula rumah rakyat yang terletak tidak jauh dari kediamannya itu

Lihatlah....si anak (rakyat) hidup hanya dipondok usang sahaja manakala si ayah (pemerintah) sedang membina mahligainya.Membiarkan si anak terkapai-kapai meneruskan kehidupannya sendiri. Si Ayah akan melawat anak-anak setiap lima tahun sekali segala perbekalan untuk lima tahun akan datang diberikannya

Lihatlah gambar bayi di atas dengan sedalam-dalamnya sehingga menembusi keadaan hidup kita pada hari ini. Keadaan bayi itu adalah keadaan kehidupan kita hari ini.

Qada dan Qadar


Oleh : NKP DPPKIT

[Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.]

Ada kaitan peristiwa yang berlaku dibawah ni.....

Cyberita: Sepuluh Penumpang Maut Dan Tiga Lagi Tercedera Akibat Kemalangan Bas Sani Ekpress Di KM272.8 Lebuhraya Utara Selatan Awal Pagi Tadi

IPOH, 26 Dis [11.35 am] - Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (foto), terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu. "Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah. Katanya, Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat. "Siti Munira pula menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya. Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya. Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut. "Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang dekat Taiping.

[Seperti biasa, bila berlaku kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress seperti ini maka mulalah kerajaan akan mengeluarkan berbagai arahan. Malah kementerian pengangkutan juga akan membuat pemantauan yang cukup rapi terhadap pemandu dan bas ekspress itu sendiri. Namun selepas beberapa ketika, ianya menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam" dan sekadar "melepaskan batuk ditangga" semata-mata.

Akhirnya penumpang terus menjadi mangsa pemandu-pemandu yang tidak berdisplin seperti ini. Nyawa melayang begitu sahaja, kerana kesilapan syarikat bas memilih pemandu yang benar-benar berwibawa dan bertanggungjawab. Bila ada pemandu yang mengantuk pun tetapi masih terus membawa bas, akhirnya beginilah jadinya. Kerajaan pula perlu bertindak konsisten dalam setiap peraturan yang dijalankan agar tiada lagi kejadian seperti ini berlaku pada masa hadapan. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu].

Sabtu, Disember 26, 2009

Jangan Futur


Oleh :  zulyunus.com

Konsistensi atau istiqamah merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya.

Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah.

Semangat yang naik turun dalam beramal itu biasa berlaku pada siapa-siapa sahaja, sekalipun kepada para pejuang agama atau seorang da’ei. Bagi pemuda yang semangatnya sentiasa berkobar-kobar, kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa semangat itu akan jatuh dengan tiba-tiba pada keadaan-keadaan tertentu dan kemudiannya naik kembali pada keadaan yang lain. Fluctuation dalam beramal ini adalah salah satu daripada bentuk ujian keimanan. Tidak ada istilah mujahadah jika kita sentiasa merasa mudah untuk beramal dan bertenaga sepanjang masa. Sabda Rasulullah:

Bagi setiap amal itu ada masa semangat dan bagi setiap masa semangat itu ada masa futur (lemah). Barangsiapa ketika futurnya masih dalam garisan Sunnahku, maka dia akan diberi petunjuk. Dan barangsiapa ketika futurnya melampaui (daripada garis sunnah), maka hancurlah dia.” (HR Ibnu Hibban)

Ertinya graf amal kita itu ada naik turunnya. Selagi mana kita bermujahadah tatkala semangat menurun, dan berusaha untuk terus menjunjung perintah Allah dan Rasul, kita akan kembali mendapatkan tenaga. Namun, jika kita berpaling dan terus berputus asa daripada Rahmat Allah, musnahlah kita. Dalam kata yang mudah, jika kita bersemangat maka beramallah, dan jika kita tidak bersemangatpun, tetaplah beramallah walaupun tak terasa. Mudah-mudahan kita akan memulihkan kembali semangat yang hilang.

Istiqamah tak semudah bicara lisan. Kita memerlukan kefahaman dan keazaman untuk dapat terus bertahan.

JANGAN DOWN



Oleh : zulyunus.com

Tempoh hari saya sedang bersolat maghrib di sebuah surau. Setelah selesai solat, kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian perempuan. Dalam hati saya mengagak “mungkin sakit agaknya” dan saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…

Begitulah, sehinggalah selesai imam membaca doa. Ahli jemaah bersurai dan saya menuju ke belakang, terlihat anak kecil tadi lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati saya berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome”

Sesekali saya terfikir akan hebatnya Allah menciptakan sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan. Dalam masa yang sama saya sedikit kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik tadi yang memiliki Down Syndrome. Dia juga manusia biasa yang mungkin menghadapi kehidupan yang lebih mencabar daripada kita. Ibu dan ayahnya mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membesarkannya. Namun, Itu tidak menghalangnya daripada menjadi hamba Allah yang soleh. Bahkan, mungkin kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah daripada kita.

Orang Normal Yang Down

Dalam satu aspek yang lain, masih ramai di kalangan kita yang normal namun dilanda penyakit “down”. Keadaannya mungkin lebih teruk lagi kerana di saat itu kita mungkin tak mahu lagi mendekati Allah dan lebih cenderung untuk membuang masa-masa berharga dalam kehidupan. Ingatlah bahawa Hasan Al-Banna pernah berpesan, “barangsiap membuang masa, sesungguhnya dia membunuh diri kerana masa itu sendiri adalah kehidupan”. Oleh itu, orang normal yang “down” merupakan sesuatu yang lebih merbahaya daripada orang yang mengalami Down Syndrome.

Banyak perkara yang boleh membuatkan kita down. Kadangkala pergaduhan kecil dengan teman lelaki atau wanita dah boleh melemahkan kita (siapa suruh bercinta?). Kadangkala kegagalan menjawab peperiksaan dengan baik pun boleh melemahkan kita. Tak ada wang pun boleh men”down”kan kita. Apa yang datang kepada kita sehari-hari mempunyai potensi untuk menyebabkan kita down. Namun jangan lupa bahawa apa yang datang itu juga mungkin bisa membuatkan kita “up” dan menjadi bertenaga.

Ubat Down

Ketika kita down, kita pasti dapat merasakan bahawa hidup kita menjadi serba tak kena. Di waktu itu, jangan biarkan kita terus dilanda kemurungan dan kesedihan. Ubati segera. Jika sakit badan jumpa doktor, jika sakit di hati jumpalah kawan-kawan yang boleh memberikan nasihat dan teguran. Atau lebih baik lagi jumpa ustaz atau ustazah. Itu sebagai terapi psikologi. Bahkan banyak lagi cara boleh kita lakukan. Baca Al-Quran dan mentadabbur serta menghayati makna kandungannya, solat di malam hari, berzikir di waktu lapang, senyum kepada orang lain dan lain-lain.

Antara sebab kita selalu down ialah kita selalu berseorangan di masa lapang dan membuatkan kita terkenang perkara-perkara yang dapat membuatkan kita down. Jadi bercampurlah dengan teman-teman dan bina lah perhubungan yang erat yang dapat memelihara kita daripada down sentiasa.

Akhir kata, up and down itu biasa dalam kehidupan, namun kita perlu bijak mengawal diri agar tidak selalu down. Ambillah iktibar daripada pesakit Down Syndrome yang bersemangat untuk hidup!.

Jadilah orang yang bertenaga dan bersemangat.

“Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah”

PAS Rompin juara futsal



Oleh: NKP DPPKIT

Pasukan futsal Pas Kawasan Rompin telah berjaya menjuarai pertandingan futsal yang di anjurkan oleh dewan pemuda Pas Negeri Pahang pada 12/12/2009 bertempat di Temerloh. Dengan kejayaan ini,pasukan ini akan mewakili Pas Negeri Pahang untuk perlawanan di peringkat pusat antara pasukan Pas dari negeri-negeri yang lain yang akan di adakan kelak.Sehubungan dengan ini Pas Kawasan Rompin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang dan kepada yang tidak menang di harap bersabar dan cuba lagi di masa akan datang.


Pasukan Pas Rompin telah mengalahkan pasukan daripada Pas Pekan untuk bergelar juara.Pasukan Pas Pekan juga dikira antara pasukan yang terhebat juga apabila hanya tendangan penalti yang menentukan kejuaraan antara kedua pasukan ini.Tahniah juga untuk pasukan dari PAS Pekan.

InsyaALLAH, PAS Ipoh Timur akan mewakili PAS Perak jika kami menjuarai futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Perak ahad ini. Maka ana cadang kita adakan perlawanan pertunjukan dengan Pas Kawasan Rompin nanti. Jemput Dato Seri Ir. Nizar dengan Tuan Ibrahim Tuan Man ceramah nanti.

Jumaat, Disember 25, 2009

Datang Jangan Tak Datang !!!!


Jangan lupa Ahad ini, mari kita hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Perak ini. Yang mana ianya pasti happening kerana kejohanan ini akan disertai oleh 24 kawasan dari peringkat DPPK.

DPPKIT pula akan menghantar Pasukan Cha Cha yang telah menjuarai Kejohanan Futsal Anjuran DPPKIT yang lalu ke kejohanan ini. Untuk berita lebih lanjut klik sini. AJK DPPKIT pula ditugaskan sebagai Unit Multimedia dalam kejohanan yang di kira berprestij ini.

Selasa, Disember 22, 2009

Ujian Demi Ujian Menimpa Perjuangan Islam


Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.

Telah datang kepada Islam dan kaum muslimin suatu masa yang di dalamnya terjadi peristiwa demi peristiwa dan bergilir bencana demi bencana. Musuh-musuh mereka berusaha memadamkan cahaya Islam, menyembunyikan keagungannya, menyesatkan para pengikutnya, melenyapkan hukum-hukumnya, melemahkan bala tenteranya, dan menyelewengkan ajarannya -dengan cara mengurangi, menambahi, atau men-ta'wilkan dengan interprestasi yang tidak sepatutnya. Situasi itu masih berterusan dengan lenyapnya Islam pada skala internasional, lemahnya tentera Muhammad, dan jatuhnya bangsa ini ke dalam genggaman kaum kafir dalam keadaan hina dan tidak berdaya.

Oleh kerananya, kewajiban pertama bagi kita sebagai aktivis ikhwan adalah menyampaikan kepada manusia tentang batas-batas Islam ini secara jelas dan sempurna, tanpa ditambah dan dikurangi, dan tidak pula membuat salinan dari ajarannya. Hal yang demikian itu merupakan aspek penting dari fikrah kami. Kemudian, pada masa yang bersamaan kami menuntut dan mensyaratkan mereka untuk mewujudkannya dalam amalan yang nyata. Keadaan yang kedua inilah merupakan aspek amali dari fikrah kami.

Tiang penyangga kami dalam melaksanakan itu semua adalah Kitab Allah yang tiada kebatilan di depan dan di belakangnya, Sunnah Rasul yang sahih, dan sirah kaum salaf (yang terdahulu) dari umat ini. Di sebalik itu, kami tidak menghendaki apa-apa kecuali keredhaan Allah, melaksanakan kewajipan, membimbing manusia, dan menunjuki mereka. Kami akan berjuang untuk terwujudnya fikrah kami, kami akan berjuang atas apa yang telah kami yakini, kami akan mengajak manusia ke sana, dan akan kami kerahkan segala sesuatu demi keberhasilannya.

Dengan demikian, kami akan hidup mulia atau mati terhormat. Syi'ar abadi kami adalah : Allah tujuan kami; Rasul pemimpin kami; Al-Qur'an undang-undang kami; jihad jalan kami; dan mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tetinggi kami.

Wahai pemuda !
Sesungguhnya, Allah telah memuliakan anda dengan menyerahkan diri kepada- Nya, beriman terhadap kewujudan-Nya, dan tumbuh dalam naungan agama-Nya. Dengan agama itu pula, Allah menetapkan atas anda darjat yang tinggi di dunia, amanah kepemimpinan atas sekalian alam, dan kemudian seorang ustaz di hadapan murid-muridnya.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110)

Oleh kerananya, yang pertama kali Allah serukan kepada kalian adalah hendaklah anda yakin akan kewujudan anda, mengetahui kedudukan anda, dan percaya bahawa anda adalah para pewaris kekuasaan dunia, walaupun musuh-musuh kalian adalah menghendaki agar anda tetap terhina. Anda adalah para guru bagi dunia, meski pihak-pihak selain anda berusaha untuk menggungguli dengan segenap prasarana  dalam kehidupan dunia. Sesungguhnya, kesudahan terbaik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang ....

Ahad, Disember 20, 2009

DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH

Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Wahai pemuda!

Kita telah beriman dengan keimanan yang tidak perlu diperdebatkan dan tidak ada keraguan di dalamnya. Kita juga telah yakin dengan sebuah keyakinan yang lebih tangguh dari gunung dan lebih dalam dari rahsia - rahsia yang ada di dalam benak, bahawa sesungguhnya tidak ada fikrah yang benar kecuali satu saja. Dialah fikrah yang dapat menyelamatkan dunia dari penindasan, memimbing manusia yang bimbang dan menunjukkannya ke jalan yang lurus. Oleh kerana itu, rasanya hanya fikrah inilah yang pantas untuk berkorban dengan jiwa dan harta, dengan yang murah ataupun yang mahal, demi deklarasi dan penyebaran kebenarannya, serta membawa manusia ke dalam naungannya. Fikrah itu adalah Islam yang hanif, tiada cacat didalamnya, tiada setitik noda menyelimutinya, dan tidak akan sesat bagi yang mengikutinya.

 شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana." (Ali-Imran:18)


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

"Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah kuredhai Islam itu sebagai agama bagimu." (Al-Maidah: 3)

Oleh kerana itu, fikrah kami adalah Islam yang suci; di atas Islam fikrah itu tegak, kepada Islam fikrah itu bersandar, demi Islam fikrah itu berjihad, dan kerana meninggikan kalimahnya fikrah itu beramal. Kita tidak mungkin akan mengganti Islam sebagai sistem, tidak rela menjadikan selainnya sebagai imam, dan tidak akan taat kepada yang lain dalam pengambilan hukum.

 وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) darinya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (Ali Imran: 85)

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang ....

Ingatan TGHA : Dahulukan yang disepakati, jangan lihat perbezaan


SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan melihat perbezaan antara mereka tetapi mendahulukan apa yang telah disepakati bersama.

Bagi beliau, perpecahan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sekarang perlu menjadi iktibar kepada mereka.

"Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara.

"Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya dalam ucapan perdana semasa konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Lebih 1,500 pemimpin serta ahli PAS, PKR dan DAP memenuhi Auditorium MBSA bagi menyertai konvensyen itu.

Sebelum Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar dan Lim Guan Eng memberikan ucapan perdana masing-masing.

"Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara," katanya.

Menurut beliau, PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu.

"Walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan," katanya.

Katanya, Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian.

"Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah," katanya dengan disambut berselang seli dengan tepukan dan teriakan takbir Allahu Akbar.

Sumber HarakahDaily.

Sabtu, Disember 19, 2009

1Malaysia: Petanda Baik Untuk Pakatan Rakyat Di Selatan


Dikirim oleh : Topeng Perak® Unmasked
Pada jam : 3:48 PM

Jam 8 pagi tadi macam biasa jadual aku setiap hari jumaat ialah - Dataran Ilmu untuk program tazkirah Jumaat bersama TGNA. aku ingat pagi ni akan jadi macam pagi-pagi lain, rupanya ada lagi sedikit kelainan.

Pagi ni dianjurkan 1 majlis sembahyang hajat mohon kesejahteraan kepada seluruh Negeri Kelantan dan juga mohon dilindungi Negeri Kelantan dari fitnah dan semua kejahatan. yang tu kira biasa. yang paling menarik perhatian ialah kehadiran hampir 100 orang berbangsa cina dan india.

Bagi yang biasa ikut tazkirah pagi jumaat oleh TGNA di Dataran Ilmu, perkara ni biasa je, tapi tak la seramai ini selalunya. yang jadi ramai hari ni sebab semua mereka ni datang dari Johor, Perak dan lain-lain Negeri untuk menyatakan sokongan kepada TGNA dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.

Disaat UMNgOk/Beer eNd memainkan isu perkauman, kaum-kaum lain menyambut seruling perkauman UMNgOk/Beer eNd dengan lantang dengan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan TGNA. tanpa segan-silu, kaum-kaum india dan cina berada di SAF paling hadapan dengan TGNA di Dataran Ilmu dalam program tazkirah pagi Jumaat bersama TGNA.

Ini bukan program tari-menari, ini jugak bukan program karaoke, ni jugak bukan program ala-ala Akademi Fantasia atau Jom Heboh tajaan mana-mana media hiburan, tapi ini program "tazkirah". kalau tak dahagakan "ilmu", takkan sesorang tu gatal kaki melangkah dan buang masa ke program macam ni.

Tapi kenapa orang-orang bukan Islam masih tertarik untuk datang jauh dari Perak hatta Pasir Gudang untuk ke program ni..? Pada aku la, yang hadir baik dari jauh atau dekat ke program macam ni cuma orang-orang yang hidupnya tak mahu disia-siakan. hidup mereka-mereka ni bukan sekadar hidup, tapi jugak hidup dan menghidupkan "ilmu". hari ni datang dengar tazkirah dari TGNA, seterusnya apa yang disampaikan akan berpanjangan kepada orang-orang lain. maka segarlah ajaran Islam. bukan setakat hal nikah-kahwin dan kematian je.

Ini yang menyuburkan Islam. setakat bina masjid berbillion-billion ringgit, bank Al-Islam, pajak gadai Islam, itu ini atas nama Islam, tapi usaha mengembangkan syariat Islam tu tak disuburkan, tak payahlah nak sembang "kami itu, kami ini".

Masjid berbillion-billion ringgit tapi nak dapat jemaah untuk solat jumaat pun sakit, buat apa..? nak gah apa dengan hasil macam tu..? masjid besar gah tapi makmum untuk solat subuh pun tak sampai 2 saf buat apa.. Ada jugak geng-geng UMNgOk yang kecoh-kecoh pertikaikan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak Islamik sebab sepanjang hampir 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, dikhabarkan bahawa PAS tak pernah membina hatta 1 masjid pun di Kelantan.

Pada aku, apa masalahnya dengan tak bina masjid kalau masjid-masjid yang ada dah cukup untuk makmum dikawasan yang ada..? kenapa nak bazirkan duit untuk benda yang dah ada..?

Eh... syarat-syarat sah sembahyang salah satunya "bersembahyang di Masjid" ke..? tu kena tanya orang UMNgOk... tolong tanya sekali orang UMNgOk kalau korang singgah dekat rumah diorang - arah kiblat dekat mana..? pernah terjadi dalam hidup aku bila aku berkunjung ke rumah orang UMNgOk, tuan rumah terkial-kial cari arah kiblat bila aku tanya... siap berdiri dekat luar rumah tengok bayang-bayang.

Nasib baik ada matahari, kalau belah malam nak tengok bayang-bayang apa..? lampusportlight dekat balkoni..? gila..!

Maka pagi tadi tanpa perlu ke masjid yang regenya berbillion-billion, beribu-ribu pengunjung yang ke program tazkirah masih sempat bersolat hajat beramai-ramai mohon kesejahteraan kepada seluruh Negeri Kelantan dan juga mohon dilindungi Negeri Kelantan dari fitnah dan semua kejahatan dan sekali lagi, doa TGNA di aminkan beramai-ramai... Amin...

Heran sungguh aku... yang bukan Islam berbondong-bondong tampil menyatakan sokongan kepada PAS khususnya Pakatan Rakyat dan TGNA, tapi yang Islam dari kecik... masih ada yang "seronok" bersekongkol dengan penzalim seperti UMNgOk.

Bagusnya pagi tadi, bila dapat tau orang bukan Islam dari Johor (kubu kuat UMNgOk) pun dah berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan TGNA. ada sinar dalam PRU-13 untuk Pakatan Rakyat.

semua pondok agama perlu di ubahsuai dari dinding kayu ke batu-bata


JITRA 18 Dis. - Sebanyak 40 pondok pengajian agama untuk remaja, Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah di Kampung Tanjung Kapur di sini hangus dijilat api dalam kebakaran, hari ini. Yang dilaporkan oleh Kedah La Nie.

Pengubahsuaian dari pondok tradisional yang mana pembinaannya berstrukturkan papan dan kayu kepada batu bata memang perlu agar perkara lama tidak berulang. Masalah peruntukkan kena minta lah daripada kerajaan negeri atau pusat. pondok usang dan lama tidak perlu lagi digunakan.

Jumaat, Disember 18, 2009

Sekitar lawatan YB Ong ke kawasan yang dilanda ribut



 

 





 

 





IPOH TIMUR, 18 Nov - YB Ong Boon Piow iaitu ADUN Tebing Tinggi telah melawat ke kawasan yang dilanda ribut petang semalam yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kg Seri Kinta, Kg Pasir Puteh Tambahan dan Kampung Seri Rahmat. Dalam majlis itu, beliau memberikan bantuan untuk proses pembaikan rumah-rumah yang rosak akibat dipukul ribut. Majlis yang diadakan petang tadi selepas Solat Jumaat itu, turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur, Saudara Salman Hj. Salleh beserta Naibnya , Saudara Shahril Jamaluddin.

Tekno-Daei: Dakwah Melalui Teknologi


Oleh : Intan Norasyikin Mohd Ariffin

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Masih ramai pakar sains dan teknologi Islam tidak sedar mereka juga tergolong dalam barisan pendakwah yang mampu membawa umat manusia menuju kebaikan.

Itulah pandangan yang diutarakan Pegawai Penyelidik Pusat Sains dan Teknologi di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Nurkumala Awang.

Menurut Nurkumula, pendakwah dari golongan ahli sains Islam tidak semestinya mempunyai latar belakang ilmu agama yang mendalam tetapi apa yang penting adalah matlamat mereka menyebarkan syariah Islam dan kebaikan beragama.

"Kebanyakan mereka ini dari latar belakang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu menyebarkan syiar Islam," kata beliau semasa membentangkan kertas kerja 'Para Tekno-Daei dan Persoalannya' pada Seminar Memperkasa Peranan Tekno-Daei: Cabaran Dalam Pembangunan dan Penggunaan ICT di sini baru-baru ini.

Menurut Nurkumala para ahli teknologi serta saintis Islam layak digelar golongan tekno-daei iaitu sekumpulan pendakwah yang menggunakan kepakaran teknologi terkini untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu kepercayaan yang boleh membawa kepada kebaikan.

Tekno-daei adalah singkatan dari gabungan dua perkataan iaitu Teknologi dan Daei. Daei adalah bahasa Arab yang membawa maksud 'dakwah atau pendakwah'.

TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA

Nurkumala berkata teknologi sepatutnya hanyalah satu agen perubahan yang tidak dapat mengawal penentuan dan pemilihan seseorang individu untuk kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

"Kita seharusnya tahu bagaimana untuk mengawal dan menguasai teknologi dan bukannya teknologi mengawal kehidupan kita.

Dalam tradisi Islam, bukan sahaja fungsi teknologi itu yang menjadi fokus tetapi yang lebih diutamakan adalah maklumat yang terkandung di dalamnya yang mana ia boleh memberi kesan kepada pembentukan minda dan tabiat.

Nurkumala berkata kaedah Facebook, Friendster, Twitter, Myspace antara contoh yang boleh dilihat sebagai ruang dan peluang yang boleh digunakan sebagai saluran dakwah.

"Mengapa tidak menggunakan kaedah yang sama seperti memasukkan kuiz ilmu Islam atau sembang bual Islam," katanya.

TEKNO-DAEI DISEBALIK IMPAK TEKNOLOGI

Sementara itu, Ketua Pengarah IKIM Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata arus teknologi yang berkembang cepat ini bukan sekadar memudahkan penyebaran maklumat tetapi boleh juga mengelirukan masyarakat.

Teknologi maklumat tidak terhad kepada penggunaan komputer dan sistem multimedia, ia boleh juga menjurus kepada bidang perfileman dan lukisan animasi kartun sebagai satu daripada teknik penyampaian yang berkesan, kata beliau.

"Saluran perfileman, animasi dan multimedia ini boleh menjadi wasilah untuk menerapkan betapa indahnya nilai Islam ke dalam minda kanak-kanak.

"Animasi adalah yang paling sinonim dengan kanak-kanak. Terdapat mesej seperti nilai jujur, bersih, ikhlas. Nilai itu yang kita nak tonjolkan agar boleh menjadi ikutan kanak-kanak," katanya.

ANIMASI

Nik Mustapha berkata mesej-mesej melalui animasi kini sudah dilukis menggunakan komputer yang kemudian disebarkan menggunakan laman sesawang, televisyen dan elektronik.

"Apa yang merisaukan, apabila terlalu banyak maklumat daripada pelbagai sumber yang tidak diketahui kesahihannya, ditakuti masyarakat akan berhadapan dengan kekalutan maklumat.

"Justeru menjadi tugas para tekno-daei untuk memberi pemahaman yang tepat bila ada kekeliruan tentang sesuatu maklumat terutama berkaitan antara sesebuah nilai dan fahaman agama," kata Nik Mustapha.

Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata kepentingan teknologi tidak boleh diketepikan dalam proses penyampaian ilmu dan syiar Islam tetapi ada hadnya.

"Penggunaan filem dan kartun untuk menarik orang Islam agar menghayati agama adalah sesuatu yang bagus tetapi ia menjadi salah apabila ada pihak yang menggambarkan wajah tuhan, nabi, malaikat, syurga dan neraka kerana kita tak nampak bagaimana rupanya yang sebenar.

"Pendek kata, semua gambaran yang diberikan boleh diistilahkan sebagai bohong sebab tak siapa tahu gambaran yang sebenar tentang perkara-perkara tersebut" kata beliau.

Mohd Farid berkata dalam hal ini, tidak salah jika para daei hendak menggunakan teknologi sebagai wadah yang berkesan dalam menarik minat masyarakat supaya menggemari nilai-nilai murni dalam Islam tetapi ada had dan syarat yang perlu diikuti mengikut landasan syariat yang diberikan dalam al-Quran.

Katanya, dalam hal ini para daei perlu lebih agresif dalam menegakkan syariat yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah terutama dalam memupuk nilai-nilai murni dalam minda kanak-kanak.

"Selain itu, ada perkara yang lebih membahayakan apabila didapati sebahagian kecil masyarakat cuba menggunakan teknologi seperti merakam suara penghuni dalam kubur atau mengambil gambar Malaikat Jibril.

"Sikap dan sifat sebegini jelas menggambarkan kekeliruan tentang ruanglingkup alam jasmaniah dan ruhaniah di samping menggambarkan sikap ekstrem terhadap penggunaan teknologi dalam agama," katanya.

TEKNO-DAEI RELEVAN

Kata Nurkumala seharusnya perlu ada dalam diri setiap pendakwah untuk mendekatkan diri dan mempelajari teknologi agar penyampaian dakwah lebih mudah difahami dan memberi impak yang besar kepada pengguna.

"Ini membantu para tekno-daei supaya dapat mempertahankan Islam daripada diputar-belitkan menerusi teknologi di samping membantu mengelakkan umat Islam jauh ketinggalan dan terus dimanipulasikan," katanya.

Beliau berkata peredaran masa dan perkembangan teknologi yang begitu cepat menuntut pendakwah mendalami ilmu tersebut dan menilai impak yang bakal dihadapi masyarakat supaya tidak menjadi mangsa dan hamba kerakusan teknologi.

"Setelah mengetahui tentang tekno-daei dan teknologi itu sendiri yang membawa fahaman kepada perkaitan antara peranan seorang pendakwah terhadap perkembangan teknologi. Para tekno-daei juga perlu mengetahui akan persoalan teknologi itu sendiri.

"Secara dasarnya, seorang tekno-daei perlu mengenal pasti isu yang timbul daripada penggunaan teknologi agar syiar yang disebarkan mampu memberi kesan sekali gus meningkatkan martabat Islam di mata dunia," katanya.

-- BERNAMA

ROKOK 20 BATANG SAHAJA?


Oleh :  Sarifudin

Pelik sahaja bunyinya tapi itulah realiti rakyat Malaysia. pada pendapat saya itu bukan untuk mengurangkan rakyat Malaysia dari merokok tapi menggalakkan. Anda fikirkanla, setiap perokok tegar akan membeli minima 2 kotak rokok 14 batang sehari, jadi bila dikira mereka akan menghabiskan 28 batang sehari tetapi seandainya hanya rokok 20 batang yang ada dipasaran maka mereka akan menghisap 40 batang dalam sehari. Harga bukan penghalang bagi seorang perokok tegar.Membenteras masalah perokok muda bukanlah dengan cara begitu tetapi kerajaan perlulah bertegas jangan ambil mudah sahaja. Undang-undang ada tapi tindakan tak ada.

Kerana rokok mahal nanti ramai pulak yang menghidu gam.Harga sekotak rokok lingkungan RM 10 tetapi harga setin Gam hanyalah lingkungan RM 4hingga 5. Jangan disebabkan ramai yang hidu gam nanti harga gam pulak yang dinaikan. Cukuplah ramai remaja hidu gam takkan nak tambah lagi. REALITINYA KERAJAAN BUKAN HENDAK MENGHALANG RAKYAT DARI TERUS MEROKOK TAPI TERUS MENGGALAKKAN RAKYAT ROSAK. Jadi fikirkanlah cara bertindak mengikut undang-undang bukan ikut masa. Seandainya anda ingin melihat siaran "LIVE" remaja kini menghidu gam carilah saya. Sedih bila tengok semua ni.

Markas PAS Kawasan Ipoh Timur sedang diubahsuai










IPOH, 19 Nov - Markas PAS Kawasan Ipoh Timur sedang diubahsuai. Kos penambah baikan itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM20,000 yang telah disumbangkan oleh seorang individu ahli PAS yang enggan disebutkan namanya. PAS Kawasan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas budi baik beliau yang amat perihatin terhadap Jama'ah PAS Kawasan.

Doa Yang Sepatutnya Dibaca Di ketika Tadi


Dari email : anuarani


DOA AKHIR TAHUN

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’

DOA TAHUN BARU HIJRAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.


Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’

Khamis, Disember 17, 2009

antara doa akhir tahun dgn bolasepak akhir yang mana kita lakukan la nie


MALAYSIA mengakhiri penantian 20 tahun pingat emas bola sepak Sukan Sea apabila menewaskan Vietnam 1-0 di Laos, sebentar tadi. Gol kemenangan hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84. Berita dipetik dari Berita Harian.

Hmmmm.... inilah situasi yang berlaku selepas Maghrib sebentar tadi. Semasa saya sedang menikmati juadah iftar di sebuah restoran di Pasir Puteh, Waktu Maghrib menyaksikan restoran itu dipenuhi dengan warga Melayu Islam kerana menyaksikan siaran langsung yang dipancarkan dari stesen RTM TV1. Manakah lebih aula, TV atau duduk beriktikaf di masjid sambil membaca doa ini ?

Allah S.W.T Berfirman :

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
 
"Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira." (QS Az Zumar : 45)


Rabu, Disember 16, 2009

10 Sifat Individu Muslim


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.

Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

والمؤمن القوي خير وأحب الله من المؤمنين الذين كانت ضعيفة ولكن لديهما جيدة

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:

Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Ujian Dari Allah


Holawatul Iman (Kemanisan Iman)

والله ، لا أن الفقر أخشى إذا حلت لكم ، لكنني خائف من هو اذا كنت جعلت العالم مكانا للمتعة كما كان يسر على الذين من قبلكم ، ثم انك تطارد بعضها البعض كما أنها لاحقت بعضها البعض ، ثم هل يجب ان تدمر بها لأنها دمرت 

Demi Allah, bukanlah kemelaratan yang aku takuti bila menimpa kalian, tetapi yang kutakuti adalah bila disenangkannya dunia bagimu sebagaimana pernah disenangkan bagi orang-orang yang sebelum kalian, lalu kalian saling berlumba sebagaimana mereka berlumba, lalu kalian dibinasakan olehnya sebagaimana mereka dibinasakan” (HR. Ahmad)

Bahawa dalam dunia ini Allah telah menciptakan keindahan yang begitu banyak. Antara keindahan yang diberikannya adalah keindahan berupa kemanisan dan kemanisan itu bukan semua orang dapat mengecapinya.

berfikir untuk jemaah

Oleh : NKP DPPKIT

Peringatan : Bercuti Fizikal Jangan Berhenti Mental

“Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak (sempat) memancung ia, ia akan memancung kamu” [pepatah arab]

“Dok umah dok tau nok wat gapo…”

“Bosanlah cuti ni..” .... Berhenti!

Jangan lagi buat kenyataan sedemikian. Sampai bila lagi membiarkan diri terkeliru sampai tak tahu nak buat apa?

Belum cuti bukan main gembira nak bercuti. Tetapi ketika bercuti rasa bosan, kenapakah begitu?

Bukti V.Sivakumar sebagai Speaker yang sah !!!!


IPOH, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei lalu di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Dilaporkan oleh HarakahDaily.

BKA : UMNO/BN masih lagi berdolak-dalik dan masih tidak mahu mengakui bahawa V.Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak walaupun Pakatan Rakyat Perak mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan beliau sebagai Speaker yang sah.

Kenyataan Media : Selamatkan SIS dan SERATA

diposting oleh : Ketua Penerangan DPPKIT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.














SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Selasa, Disember 15, 2009

SUK Perak Hina Student di London


 Oleh : Muhaimin Sulam (Bekas Ketua Pemuda PAS Perak), UK.

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya sudah ada.

Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa, tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasal pengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat bab ini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atau Malaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.

Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan, penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milik ahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.

Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.

Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang merendah-rendahkan pelajar UK.

Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam budak sekolah menengah!

Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!

Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati, sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni untuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '

Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).

Isnin, Disember 14, 2009

Pejuang Pas Pejuang Islam atau Pejuang Islam Pejuang Pas ?


Oleh : NKP DPPKIT

Jika kita mahu diiktiraf sebagai pejuang Islam yang benar, perhatikan tuntutan ini;

Anda dilihat sebagai penyatu umat, bukan penyatu kumpulan, apatah pemecah belah.

بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ

Dari syurga kita diturunkan untuk saling bermusuhan ( Al Baqarah:36 ). Perhatikan daripada sang semut yang kecil hingga sang gajah besar di alam ini, dapatkah dilihat makhluk yang lebih kuat permusuhan dan persengketaan mereka lebih daripada manusia? Habis makhluk merana hidup mereka kerana manusia!

Maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

Kenapa? Di jalan ini saja manusia mampu bersatu.
Kenapa? Di jalan ini saja manusia mengenal hakikat diri.
Kenapa? Di jalan ini saja ada Allah yang memberitahu  dan memberi petunjuk.
Kenapa? Di jalan ini saja Allah mahu kita bersatu menujuNya.
Kenapa? Itu kehendakNya jua.


Anda tidak layak menjadi pejuang Pas (atau apa-apa kumpulan) sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.

Islam adalah jalan. Pas adalah kenderaan. Hanya satu kenderaan dibenarkan berada di jalan ini iaitu kenderaan khilafah. Pemandunya khalifah yang dibai’ah. Adakah kenderaan itu? tiada lagi. Bilakah akan ada? Akan ada, akan datang. Bagaimana sekarang? Naiklah kenderaan yang mana ada, yang lebih selamat, yang lebih besar, yang berjalan di jalan ini. Ini sehinggalah datang kenderaan khalifah yang satu itu.

Ertinya, pastikan jalan dahulu sebelum naik kenderaan. Pastikan anda pejuang Islam dahulu sebelum jadi pejuang Pas.

Pas lenyap apabila datang kenderaan besar itu.

Islam adalah: 
1) Jalan itu. 
2) kenderaan besar itu.

Jika sebaliknya,
Anda gembira ketika umat tidak gembira.
Anda melanggar kenderaan lain kerana anda mengira itu jalan anda saja.
Anda dibenci kerana sifat takbur itu. Anda pula membalas dengan turut membenci.
Anda tak tahu pun bahawa anda diperlukan oleh jutaan umat, bukan sejuta umat. Anda dalam tempurung itu.

Maka, bukalah pintu diri..
Jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam.

Zambry Kadir Makan Angin Ke London


Oleh : Muhaimin Sulam pada jam11:38 am

Kalau aku katakan Kerajaan BN Perak sudah mantap dan lebih berkeyakinan, nanti ada orang yang sakit hati. Ini mungkin persepsi yang salah kerana aku baru dapat email dari kawan yang berbunyi.....






Dear Friends,

Assalamualaikum and greetings all,

Hope this finds you well. As you might be aware our present Menteri Besar , YAB Dr Zambry (some of you dispute his legality) will be in London on 12 December 2009. He is very interested in meeting anak-anak Perak, Perakians like us who live and grew up there. He is having a talk at King's College London, Strand Campus at 2.30 pm and a short meeting with Anak-anak Perak tentatively around 6.30pm at MSD, Bayswater. I am hoping you could be present for this meeting where we could air our grouses about Perak ie lack of development, 2 Menteri Besars etc. etc. and get the present leader to shut up for once and listen to us. Please add more Perakians you know to this network so we can talk about this upcoming meeting.

Thanks,
Amir
Taman Rapat Setia Baru, Ipoh, Perak

Ahad, Disember 13, 2009

Pastikan anak-anak warisi perjuangan PAS

Oleh : NKP DPPKIT


"Anakku Ahli PAS". Itulah keazaman yang sepatutnya ada pada setiap ahli PAS sama ada ahli biasa atau pimpinan pelbagai peringkat. Keazaman ini mesti ada dalam sanubari jiwa ahli PAS jika kita mahu melihat PAS terus berkembang.

Sirah Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan baginda menitik-beratkan mereka yang hampir, daripada segi kekeluargaan dan rakan yang akrab. Maka baginda sendiri menyampaikan seruan Islam pada isterinya Khadijah, Ali sepupunya, Abu Bakar, Zaid bin Harithah.

Sebagai ahli PAS, kita mesti pastikan orang yang paling dekat dengan kita, misalnya anak dan isteri, yang perlu diajak kerana merekalah warisan perjuangan apabila kita menemui Allah nanti. Kita minta Allah jauhkan anak-anak kita terlibat dengan Umno khususnya dan menentang perjuangan PAS. Kalau tiada usaha dilakukan, tidak mustahil anak-anak kita akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam.

Dalam suasana kebejatan moral dan heboh gerakan memurtadkan orang Islam, apa jaminan anak ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan lembah kedurjanaan ini? Maka usaha mendidik dan mencegah perlu dilakukan dengan sikap proaktif ibu bapa. Justeru, penerusan perjuangan adalah satu kemestian. Setiap bapa mesti memastikan anaknya juga menjadi ahli PAS kerana ia adalah kelangsungan dan penerus perjuangan PAS masa depan. Amat malang jika anak ahli-ahli PAS atau pimpinan PAS tidak meneruskan daya usaha yang dilakukan bapanya.

Jangan pula anak-anak ini terlibat aliran baru iaitu pemikiran Ummah Centrik dan Tunas Tajdid yang kononnya kerja-kerja Islam tidak perlu berjamaah. Dakwa mereka, tidak ada hadis yang mengarahkan untuk kita berjamaah dalam berdakwah dan berjuang. Mereka mencari hujah untuk orang menjauhkan diri daripada berjuang dalam PAS dan menimbulkan keraguan dengan tulisan dan ceramah yang penuh dengan "nota kaki".

Sebaliknya tidak mencari hujah supaya masyarakat menjauhkan diri daripada pelbagai khurafat yang dibawa Umno. Kita tidak mahu anak ahli-ahli PAS terutama di pusat pengajian tinggi terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Akhirnya, ia merugikan daripada segi perkaderan PAS pada masa akan datang kerana anak anggota jamaah sendiri tidak mahu menyertai dan aktif dengan PAS. Dan Umno tersenyum lebar tidak perlu bersusah payah berusaha melumpuhkan PAS kerana ada pihak lain melakukan untuk mereka.

Berikut antara usaha yang mesti dilakukan setiap ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi anggota PAS:

 1.
Isikan borang ahli PAS apabila sudah akil baligh. Harus disuntik untuk berasa bangga menjadi ahli PAS selain mengelak daripada terjebak mengikuti Putera dan Puteri Umno. Insya-Allah apabila anak kita sudah menjadi ahli PAS, ia akan terselamat daripada perangkap mereka yang sentiasa menahan jerat di pergentingan.


 2. 
Mesti diperingatkan anak-anak kita, jangan mengikut Putera dan Puteri Umno di mana sahaja mereka berada. Jangan sesekali bersekongkol atau berjinak-jinak dengan program mereka kerana ia memberi kesan negatif kepada perjuangan kita. Berapa ramai anak-anak orang PAS yang menentang arus perjuangan bapa mereka apabila mendekati dengan program Umno. Buktinya, program Mat Rempit Putera Umno pada 9-10 September 2006. Seramai 7,000 peserta termasuk 350 perempuan mengikutinya, dan ada yang melakukan perbuatan yang memalukan, seperti minum arak, bersekedudukan, terjun dalam kolam tempat wuduk Masjid Teluk Muroh, Teluk Batik ketika bergotong royong di masjid. Ini diakui Pegawai Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Manjung. (Berita Harian, 13 September 2006).



 3.
Wujudkan unit usrah remaja di cawangan yang melibatkan anak-anak orang PAS dengan naqibnya juga daripada remaja sebaya. Jangan pilih naqib orang-orang tua yang tidak memahami jiwa remaja. Kalau boleh, bermula sekolah rendah mereka dididik supaya membiasakan dengan program jamaah dan tidak kekok apabila dewasa nanti.


 4.
Mentarbiah anak menagih pengorbanan masa, tenaga, harta dan nyawa. Kita tidak mahu membiarkan anak-anak tidak memahami nilai perjuangan PAS. Kita bimbang mereka mungkin menyesal kerana menjadi anak aktivis PAS. Takut mereka tidak bersedia susah sepertimana bapa mereka dahulu. Akhirnya luputlah warisan perjuangan kita.



5. 
Menanamkan semangat bahawa ganjaran perjuangan Islam amat besar. Tegaskan bahawa perjuangan Islam tidak akan merugikan, sama ada di dunia dan mahupun akhirat. Berikan motivasi bahawa perjuangan yang kita lalui adalah tugas mulia para Rasul terdahulu.




6.
 Memastikan anak-anak mengikuti program keremajaan anjuran Unit Amal dan Nisa'. Program sedia ada dalam kerangka manhaj PAS mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan dipersiakan usia mereka dengan terlibat dalam program tidak berfaedah. Biarkan usia remaja mereka dimanfaatkan dengan organisasi PAS bagi membentuk akhlak mulia dan bersedia mewarisi perjuangan.



7. 
Apabila anak-anak mengikuti aktiviti PAS mereka akan dibimbing rakan sebaya terutama di IPT. Namun suasana di IPT, misalnya soal berpakaian, kembali kepada era 1970-an. Agak kurang siswi berjubah dan bertudung labuh, tidak sepertimana awal 1980-an apabila pakaian menutup aurat meluas termasuk mereka yang menyokong Umno di kampus kerana terpaksa mengikut arus. Kini suasana berpakaian menyakitkan mata, ditambah tekanan dan momokan pegawai universiti yang menjadi kuda tunggangan Umno; pelajar bersyakhsiah Islam dan aktif dengan Persatuan Mahasiswa Islam dipandang serong. Dasar sekular menyebabkan akhlak mahasiswa semakin parah. Insya-Allah apabila anak-anak menyertai perjuangan PAS, kita berasa selamat kerana mereka akan dipantau pelajar senior yang boleh dipertanggungjawabkan. Mereka akan menunjuk ajar apabila anak kita berkelakuan tidak senonoh dan mencegah daripada terjebak dalam gerakan memurtadkan orang Islam yang kini menular ke kampus.