iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, April 27, 2011

Sekitar Program Ceramah Istimewa Bersama Bob Lokman

antara Muslimat PAS Kawasan yang turut hadir
ratusan peminat Bob Lokman yang datang untuk mendengar ceramah beliau pada malam ini yang menunggu seawal jam 8.30 malam
Dr Radzi Zainon, bakal calon PAS ADUN Sg Rapat sedang menyampaikan ucapannya
SU Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir juga turut berceramah, mengalu-alukan ketibaan main guest ke pentas utama
 begitu semangat sekali Ustaz Misbah menyampaikan ceramahnya
tentu ada yang melucukan dalam perbualan mereka berdua ini
Saudara Bob Lokman begitu serius menyampaikan amanatnya
Majlis dipengerusikan oleh Saudara Zaid Mohammad, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional
Majlis diakhiri dengan acara, mintak sain autograf pada buku dan gambar

Selasa, April 26, 2011

SDr BOB LOkMan Di IPOH

Jemput semua..
Ceramah Khas bersama SAUDARA BOB LOKMAN (BEKAS PENGKRITIK RAJA LAWAK)

PADA MALAM INI :

26 APRIL 2011

BERTEMPAT :

DI MARKAZ UPU PENGKALAN BARAT, BERHAMPIRAN TESCO STATION 18,

MASA :
9 00 MALAM.

DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

CABUTAN BERTUAH DI SEDIAKAN BAGI YANG TERPILIH DAN BERTUAH.

Selasa, April 12, 2011

Ziarah Lajnah Kebajikan DPPKIT dan PAS Kawasan



Ipoh Timor, 12/04 - Lajnah Kebajikan Kawasan bersama Lajnah Kebajikan DPPKIT telah membuat ziarah ke kediaman bapa mertua Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan, Ustaz Rahmat Yunus yang baru keluar dari hospital KPJ Ipoh Specialist sebentar tadi.

Ayah mertua Ustaz Rahmat, Mohd Nazir bin Nagor yang telah membuat bypass dua kali akhirnya berjaya membuat pembedahan jantung yang menelan belanja sebanyak RM51,000 lebih.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Ustaz Rahmat Yunus di nombor 0194979264.

SIDANG DUN PERAK.

TERKINI SIDANG DUN PERAK


10.15am
Sebentar lagi..
Titah ucapan Pemangku Raja Perak dan perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Penggal Ke 4 bagi kali Ke 12.

10.00 am - Istiadat pembukaan rasmi sedang dijalankan. Bacaan Doa sedang berlansung.Para ADUN yang beragama Islam sedang mengaminkan doa.
9.39 am - Pemangku Raja Perak siap memeriksa perbarisan. Perbarisan tamat dan Pemangku Raja Perak berangkat masuk ke dewan.

‎9.30 am - ketibaan pemangku raja perak, Raja Dr. Nazrin diikuti dengan tabik hormat, nyanyian lagu keberangkatan sultan,lagu kebangsaan dan pemeriksaan perbarisan.


9.23 am - Menteri Besar BN Perak, DS Zambry tiba bersama isteri

9.17 am - Speaker Ganesan sampai bersama isteri

9.00 am - Semua Adun PR mengambil tempat untuk mengikuti acara perbarisan sebelum perasmian sidang yang akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak.



sekadar gambar hiasan

8.45 am - Adun Pakatan Rakyat siap untuk bergerak ke Sidang DUN Perak dari Wisma DAP.

8.30 am - Dato' Seri Nizar sampai di Wisma DAP. Cuaca dibandar Ipoh sekarang hujan renyai-renyai. Setiap simpang masuk ke Bangunan SUK, Ipoh dikawal oleh Polis Trafik.
 
 
ihsan dari : CINA ISLAM..

Selasa, April 05, 2011

Lawatan Lajnah Kebajikan DPPKIT

5 April 2010 - Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timor buat pertama kalinya selepas mesyuarat sesi 2011 - 2013,  telah membuat ziarah kebajikan petang tadi lebih kurang jam 6.15 petang di Hospital Raja Perempuan Bainun, Wad 4A bahagian Spinal Care Unit atau unit pembedahan yang mana seorang aktivis Pas Tambun, Hj Rosli terlantar kerana mengalami patah tulang belakang.

Pengerusi Lajnah Kebajikan yang baru, Abdul Halim Maruai memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban perbelajaan dan kos rawatan beliau. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau. Amin ...