iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Sabtu, Mei 29, 2010

ZIARAH PEMUDA PRIHATIN

Kesepakatan Pemuda Pakatan Rakyat

28 Mei 2010 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah berjaya merintis menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Kawasan Parlimen Ipoh Timur bersama Pemuda Sosialis DAP dan Angkatan Muda PKR yang pertama di negeri Perak.

Hadir semasa pertemuan bagi menubuhkannya ialah Salman Saleh, Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak; Ray Ng, Timbalan Ketua DAPSY Ipoh Timur dan Megat Muhamad Faizal Megat Yunus, Ketua AMK Ipoh Timur.

Antara yang turut hadir ialah Ahmad Faisal Mohd Puaid, Timbalan Ketua Pemuda PAS; Ahmad Shahril Jalaludin, Naib Ketua Pemuda PAS; Hui Chung Chun, Setiausaha DAPSY dan Safarizal Saleh, Ketua Penerangan yang juga Setiausaha Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Kejayaan menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur ini akan memantapkan lagi kerjasama kompenen di dalam Pakatan Rakyat kelak. Sekretariat ini juga telah merancang untuk mengadakan pelancarannya pertengahan bulan Julai ini nanti.

Sekretariat ini juga merancang untuk mengadakan program-program bersama termasuk dengan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Pertemuaan Mahabbah Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur



Menempa sejarah apabila pertemuan pimpinan pemuda PR Ipoh Timur  telah menjadi satu kenyataan dan menjadi igauan kepada BN yang sudah retak menunggu relai. Buktinya pertemuan ini akan merapatkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin.