iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Oktober 25, 2010

AMALAN KHURAFAT AMALAN UMNO

Gambar Hiasan

Kenyataan Media (19 Oktober 2010)


UPACARA TIANG SERI: AMALAN KHURAFAT DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta perjelasan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang menghadiri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong baru-baru ini yang dikhuatiri bertentangan dengan ajaran Islam di dalam upacara meletakkan ancak ke tiang seri yang kini tersebar luas di dalam media baru yang tidak lagi menjadi amalan umat Islam kini.

Di dalam perkara yang sama, DPPN Pk meminta Jabatan Mufti Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk memberikan nasihat kepada Datuk Seri Zambry jika perkara tersebut jelas bertentangan dari ajaran Islam. Penjelasan akan amalan tersebut yang sudah lama ditinggalkan seolah-olah masih menjadi amalan dan bertentangan jelas dengan kepercayaan kepada Allah.

DPPN Pk tidak bertujuan mencari salah Datuk Seri Zambry, tetapi bimbang amalan yang sudah lama ditinggalkan menjadi ikutan semula umat Islam. Sedangkan perbuatan khurafat tersebut jelas memohon perlindungan kepada yang lain daripada Tuhan Yang Maha Esa. Penjelasan juga perlu kepada umat Islam oleh pihak yang berwajid akan perbuatan tersebut yang jauh terpesong dengan amalan Islam yang sebenarnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.