iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, Februari 15, 2011

Maktabah Syamilah anjuran DUPP




13 Februari, Air Kuning Taiping - Satu program anjuran Dewan Ulamak Pas Perak berkaitan dengan taklimat mengenai platform dakwah dapat dikembangkan dengan Teknologi Maklumat (ICT). Program ini dijayakan oleh dua moderator dari Lajnah ICT Dewan Ulamak Pas Pusat iaitu Ustaz Azhar Yahya dan Ustaz Ahmad Arif Mohd Arshad.

"Sebenarnya medan dakwah kita boleh diperkembangkan lagi dengan adanya teknologi ICT. Pada era cyber ini ulamak tidak perlu perlu lagi memikul kitab-kitab, hanya cukup dengan membawa sebuah laptop kita boleh menyimpan beribu-ribu kitab serta ilmu-ilmu Islam untuk disampaikan kepada mad'u kita," ujar Ustaz Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ibrahim Zakaria itu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.