iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Februari 17, 2010

Perlu perubahan .. usrah sudah tidak diminati

Oleh: TKP DPPKIT 


Usrah yang Lesu

Usrah bukanlah medan menuntut ilmu agama semata-mata. Ini kerana tanpa usrah pun, kita masih boleh belajar tentang ilmu agama. Namun apa yang lebih penting adalah perubahan dan kesan hasil daripada kehadiran individu itu ke majlis-majlis usrah. Usrah yang lesu ialah usrah yang mempunyai 5D dalam persekitaran usrah tersebut.

1. Datang

2. Duduk

3. Dengar

4. Diam

5. Doa Penutup

Jika kelima-lima elemen ini wujud, maka terhasillah satu usrah yang sama seperti majlis-majlis ilmu yang lain. 3 rukun usrah yang perlu disemai dan diterapkan tidak dapat di lihat. Dengan itu, berlakulah hubungan sekadar antara seorang guru dengan anak murid bukan hubungan seorang abang dengan adik atau bapa dengan anak yang mana terdapat kasih sayang dan kemesraan sesama mereka.

Selain dari kelesuan di dalam majlis usrah yang “bergerak” ini, terdapat jua nuqaba yang lesu sebelum berjuang. Atau dalam kata lain, usrah tidak bergerak dan berjalan. Dalam menilai keadaan ini, saya teringat tentang munajat Rasulullah saw tika mana hendak menghadapi tentera musyrikin pada peperangan pertama mereka di Badar.

يا الله! في الواقع ، إذا ترك هذا الجيش فقدت ، وليس هناك اليك العبادة في الأرض. يا الله! تحقيق الوعد بالنسبة لي. يا الله ، ويحدوني الأمل يمكنك مساعدة

” Ya Allah! Sesungguhnya jika Engkau biarkan tentera (Islam) ini kalah, maka tidak ada yang menyembah Engkau di muka bumi ini. Ya Allah! Laksanakanlah janjiMu kepadaku. Ya Allah aku mengharapkan pertolonganMu.” itulah munajat baginda saw.

Nabi Muhammad saw merintih dan merayu pertolongan dari Allah swt. Sampai diriwayatkan rintihan dan munajat Nabi Muhammad ketika itu hinggakan ternampak lengan baginda. Bagaimana pula kesungguhan munajat dan pengharapan kita pada Allah?

 وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (tentera Islam) di Badar dalam keadaan kamu lemah, maka bertaqwalah kepada Allah semoga kamu bersyukur." (3:123)

Semoga kita yang lemah dan baru belajar bertatih ini di berikan pertolongan seperti mana kaum mukmin di Badar. Teruskan perjuangan ini, wahai saudaraku!