iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, September 28, 2011

Mufti sokong hudud

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun begitu katanya, Pas seharusnya menyediakan semua proses pelaksanaannya, termasuk prosedur-prosedur yang ditetapkan, perbicaraan dan saksi.

“Jika semua ini tiada masalah, saya ucap tahniah dan bolehlah melaksanakannya kerana sudah lama hudud mahu dijadikan undang-undang tetapi hingga kini belum dibuat.

“Apa yang saya bimbang, hudud hanya sekadar memotong tangan pencuri sedangkan dalam aspek lain tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, sebagai orang Islam, ahli Pas perlu tunaikan janji dan jangan menjadikan hukum ini kempen politik menjelang pilihan raya.

“Perlu ingat, undang-undang Islam merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Pas tidak boleh melaksanakan hanya satu kerana boleh menyebabkan ketidakadilan.

“Mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat yang hudud bukan hukuman untuk menyeksa seperti potong tangan, sebat dan bunuh, sebaliknya menjadi pengajaran,” katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.

“Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya.

“Ia bertambah panas dekat pilihan raya dan orang politik sibuk mengenainya sedangkan selepas pilihan raya, hudud tidak diambil peduli dan senyap begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang Islam perlu menerima hudud sebagai perundangan negara kerana ia terkandung dalam al-Quran.

Katanya, perlaksanaan tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan.

“Saya tahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama mahu berjuang untuk melaksanakan hudud dan kenapa tiba-tiba muncul semasa :Pilihan Raya Umum Ke-13 akan tiba.

“Akibatnya, rakyat melihat hudud sekadar cakap-cakap sahaja dan untuk membuktikan komitmen Pas, mereka perlu benar-benar melaksanakannya,” katanya.

Isnin, September 26, 2011

SEKITAR PROGRAM TALK-SHOW ISTIMEWA BERSAMA SHAM KAMIKAZE

 AF Ir. Ustaz Radzi Zainon juga turut hadir dalam Program Talk-Show ini dengan menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum sesi talk-show bermula
 turut hadir YDP Pas Kawasan, Ustaz Azmi Murad Yusof
 juga turut hadir beberapa mat rock yang berminat untuk menyertai program talk-show ini
 saudara setiausaha DPPKIT kita menjadi moderator atau host untuk program talk-show ini
 para peminat Sham Kamikaze berduyun-duyun ingin mengambil gambar
 kira-kira 100 hingga 150 orang muda dari pelbagai lapisan masyarakat turun ke Markas UPU Pengkalan Barat bagi menyaksikan program talk-show ini
saudara Sham Kamikaze menjawap soalan-soalan yang dikemukakan oleh para hadirin
 Sham Kamikaze menunjukkan skill dan bakatnya dalam memetik guitar
 Sham Kamikaze begitu bergaya dengan guitar akustik elektroniknya
 gadget peralatan bagi effect guitar yang canggih milik Sham Kamikaze
 anak-anak muda begitu teruja denan persembahan Sham Kamikaze dengan ada yang mengambil gambar dan merakam video
 para hadirin khususnya anak-anak muda begitu terhibur dengan alunan petikan guitar akustik ini
guitar elektrik berjenama Gibson dan amplifier Marshal menjadi peralatan persembahan Sham Kamikaze yang diselang-selikan dengan sesi talk-show pada malam ini
 AJK DACS DPPKIT turut berkesempatan untuk bergambar bersama Sham Kamikaze
 sesi bergambar bersama peminat sahaja memakan masa sehingga 20 minit, bayangkanlah berapa ramai anak muda di sekitar UPU Pengkalan Barat yang mahukan Islam sebagai cara hidup mereka
 sesi bergambar kenang-kenangan bersama AJK DPPKIT

Jumaat, September 23, 2011

SEKITAR PROGRAM CERAMAH KEMERDEKAAN








18 September 2011, UPU Pengkalan Barat - Alhamdulillah, Ceramah Penerangan tentang Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah berjaya dilaksanakan. 


Ceramah ini disertai oleh tiga panel orang kuat dalam Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, AF Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz anak kepada Tuan Guru Mursyidul Am, serta Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, AF Ustaz Riduan Mohd Nor dan juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Saudara Salman Salleh.

AF Riduan Mohd Nor berceramah tentang isu sejarah yang hakiki serta penipuan fakta sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN selama mereka memerintah 54 tahun kepada para hadirin. Manakala AF Ustaz Nik Abduh berceramah tentang sejarah tarbiyyah dan perjuangan dalam PAS demi untuk menuntut kemerdekaan Malaya dan akhir sekali Saudara Salman Salleh berceramah dengan fakta-fakta yabg tepat menggunakan slide powerpoint, tentang isu terkini kezaliman UMNO/BN Perak terhadap rakyat negeri Perak.

Program Ceramah ini berakhir pada jam 12 malam. Kredit untuk saudara Shamsul Effendey selaku Ketua Lajnah Penerangan dan Pengarah Program. Terima kasih juga kepada semua AJK DPPKIT yang menjayakan kelangsungan program agar berjalan dengan lancar.

Khamis, September 22, 2011

KULIAH UST AZHAR IDRUS..Puasa Sunat Enam Syawal

Puasa Sunat Enam Syawal
Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
 
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat.

Pendapat Pertama
: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua
: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam
.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
 

program terbaru minggu ini..


Jemputan ke Majlis Sambutan Jamuan Eidulfitri PAS Kawasan Ipoh Timur 25hb September Ahad Ini jam 10 pagi berlokasi di UPU Pengkalan Barat. Antara VVIP dijemput seperti Dato Seri Nizar Jamaludin, YB Lim kit Siang, YB Lim boon Chye, Tuan Speaker Pakatan Rakyat yb Sivakumar dan ramai lagi.

Pada sebelah malamnya Penampilan Istimewa ARTIS seorang bekas gitaris kumpulan rock KAMIKAZE iaitu Sham akan membuat persembahan solo plus dialog bersama masyarakat dalam misi dakwahnya.

Rabu, September 21, 2011

eksklusiff....

Selasa, September 20, 2011

ANAK KECIL...jangan main dengan API yer...

Rumah Mat Sabu cuba dibakar individu tak dikenali

Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ahad, September 18, 2011

SEPETANG BERSAMA TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA




18 Sept 2011, Simpang Pulai - DPPKIT bersama Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, AF Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkesempatan untuk menziarahi seorang tokoh Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu yang sebenar iaitu Imam Haji Abd Majid Salleh, 88 yang menetap di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Perak di rumah anak perempuannya petang tadi.

Dalam sesi ziarah ini, Ustaz Riduan Mohd Nor selaku Ketua Penerangan DPPP sempat untuk menemuramah Haji Majid dan mengambil hasil penulisan beliau untuk dicetak dan dibukukan. DPPKIT juga memberi sedikit sumbangan kepada bekas ahli PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) ini bagi menampung perbelanjaan perubatan beliau yang kini agak keuzuran.

Sabtu, September 17, 2011

LAPORAN POLIS TENTANG PEMALSUAN FAKTA SEJARAH OLEH PROF ZAINAL KLING

 kira-kira 15 orang ahli-ahli DPPKIT terlibat sama ke Balai Polis untuk membuat laporan
 berdoa selepas membuat laporan di hadapan balai
 solat hajat dimunajatkan ke hadrat Allah s.w.t, semoga dipermudahkan segala urusan


16 Sept 2011, Balai Polis Kontinjen Ipoh - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah membuat satu laporan polis tehadap pemalsuan dan putar belit fakta sejarah Malaysia berkaitan kemerdekaan dan penjajahan British oleh Professor Zainal Kling semalam selepas solat Jumaat di Balai Polis Kontinjen Ipoh. Professor  itu dilaporkan telah menyatakan pendiriannya mengenai Malaysia tidak pernah dijajah oleh British di dalam sebuah sidang akhbar di Kuala Lumpur. Berita lanjutan boleh di dapati di sini.

Rabu, September 14, 2011

MAT sabu INDERA muhyiddin YASSIN

Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu
September 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.
Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: “Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya.”
“Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka,” katanya dipetik Bernama Online.
Muhyiddin berkata Mohamad tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.
Minggu lalu Mohamad berkata beliau lebih bersedia untuk berdebat dengan Muhyiddin kerana timbalan presiden itu memintanya bertaubat.
Pendirian itu turut disokong oleh pemimpin-pemimpin PAS atas tarafnya selaku timbalan presiden parti.
Mohamad juga menolak kesediaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat dengannya berhubung kenyataan beliau berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Terdahulu Muhyiddin menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini.
Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.
“Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.
“Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain,” katanya.
Beliau berkata Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.
“Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya,” katanya.

Selasa, September 13, 2011

selamat BERJAYA buat semua..


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT SEMUA PARA PELAJAR DI SELURUH MALAYSIA..MOGA BERJAYA DENGAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN MENJADI ILMUAN YANG MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA..

BERSAMA PAKATAN RAKYAT MEMBINA SEBUAH NEGARA MALAYSIA BARU YANG BERKEBAJIKAN

aik..main wayang plak..konon nak tunjuk JANTAN

KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.

"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.

"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.

Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.

Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.

Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.

Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.

Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.

"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.

"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya.

ihsan untuk Harakahdaily.net

UMNO DAN PISTOL AIR

Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !

Berdasarkan 2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi

Jimatlah duit Kementerian Sang Pembakar Jambatan (Rais Yatim). Jimat bujet.

Maknanya selama 53 tahun, kita kerugian yang amat besar. Barangkali bilion ringgit kerana belanja untuk perayaan Hari Kemerdekaan.
Lebih malang lagi, selama ini (53 tahun) kita ditipu. Mati hidup kita sebagai rakyat Malaysia menyangka kita pernah dijajah British. Rupa-rupanya kita dinaungi sahaja. Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Kasihan anak-anak Malaysia yang membaca buku Sejarah Negara. Semua fakta tentang penjajahan adalah dusta semata-semata. Kita cuma dinaungi. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Lepas ini, seeloknya Khoo Kay kim, Zainal Kling, Ramlah Adam duduk semeja untuk gubal semula buku teks Sejarah. Kerja pertamanya ialah buang perkataan " penjajah British ". Kerana kita tidak pernah dijajah. Cuma dinaungi sahaja! Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Siapa yang untung sekarang ? Tentunya penerbit buku teks. Dapat tender buat buku Sejarah edisi baharu !

Kepada guru Sejarah, bersedialah anda untuk menjawab soalan-soalan panas dari anak murid Generasi Y.

Kepada Utusan, kamu tersilap jolok sarang tebuan. Jika mahu serang Mat Sabu bukannya memakan masa sampai lebih 10 malam. Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air ! Seronoklah Mat Sabu main air !

Isnin, September 12, 2011

terbaru...terhangat di pasaran...nantikan kemunculannya..

BARAKALLAH..


mengucapkan TAHNIAH kepada YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat & isteri diatas kelahiran cucu yang ke 56.Semoga bertambah lagi seorang pejuang Islam di bumi Malaysia ini insya-Allah

InFo

Selamat datang ke Ijtima Tarbawi Pemuda PAS 2011 yang akan diadakan pada 28,29 dan 30hb Oktober 2011 bertempat di negeri Selangor Darul Ehsan. Seluruh jentera pemuda PAS dan anak-anak muda dijemput untuk bersama-sama hadir ke perhimpunan 'zikrullah' tersebut demi iman dan taqwa yang diperbaharui dan dipertingkatkan. Semoga Allah memberi kemudahan dan kejayaan insya Allah. Dewan Pemuda PAS mensasarkan 10 ribu kehadiran anak-anak muda dari seluruh negara. Allahu akbar waliLlahii hamd..



moh kite....
dewan pemuda pas kawasan ipoh timur

Promosi HARI RAYA..





"BELILAH BARANGAN PRODUK MUSLIM DI STOKIS KAMI"

Mutiara kata ...KP Shahril

Malas adalah satu penyakit mazmumah. Ada satu dosa yang tidak akan diampunkan Allah swt kecuali bekerja keras. Dosa itu ialah dosa malas. Malas adalah satu dosa bukan kelemahan. Tidak manusia yang bodoh didunia ini tetapi yang ramai manusia yang malas.

Semangat SYAWAL...Semangat Beraya..

Majlis Usrah & Jamuan Hari Raya Eidulfitri Bersama PAS Cawangan Kampung Seri Kinta

Tarikh: Rabu, 30 September 2011 / 30 Syawal 1432H

Tempat:

Laman Seri Al khalidiah
Surau Al Khalidiah Jalan 1
Kg Sri Kinta Ipoh, Perak

Aturcara:-

7:19mlm: Solat Maghrib berjemaah
8.00mlm: Tayangan Perjuangan Kemerdekaan
8:29mlm: Solat Isyak berjemaah
9:00mlm: Tazkirah oleh Naqib Jemputan - Ustaz Azmi bin Abdullah
9.30mlm: Sumbangan kepada Golongan yang memerlukan.
9.45mlm: Jamuan Raya Eidulfitri

Jemput Hadir.

Sumbangan Jihad amat diperlukan bagi menghadapi PRU 13

Ikhlas,

Ahmad Shahril bin Jalaludin
Ipoh Perak, Malaysia
shahril.it@hotmail.com
019-5133537