iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Sabtu, November 24, 2012

RETREAT DEWAN PEMUDA PAS IPOH TIMUR 2012






11 Nov 2012, UPU Pengkalan Barat, Ipoh Timor - Alhamdulillah retreat Dewan Pemuda Pas Ipoh Timor telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini di Markas UPU Pengkalan Barat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Dewan, Al Fadhil Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait. Beliau menggantikan ketidak hadiran Ketua kami iaitu Saudara Shahril Jalaluddin yang terpaksa bekerja di hujung minggu.

Beberapa Lujnah dan Jabatan dalam DPPKIT telah membentangkan kertas kerja program dan merangka gerak kerja yang menjurus ke arah pilihanraya dan perancangan program telah disusun atur dalam garis masa yang di tetapkan.

Program yang memakan masa sehari itu berakhir pada jam lima petang.

Rabu, Oktober 17, 2012

Lawatan PASTI Ipoh Timur ke Perpustakaan Awam dan beriadhah di Padang Polo


4 Oktober 2012. Ipoh Timor - Jawatankuasa dan MGP Pasti-Pasti dalam Kawasan Ipoh Timur baru-baru ini pada 4 Oktober iaitu pada hari Khamis yang lalu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Awam atau dikenali sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Seterusnya murid-murid dibawa pula beriadhah di Padang Polo atau dikenali sebagai Padang Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Tour DPPKIT beriktikaf di masjid-masjid sekitar Kawasan Ipoh Timor

Halaqah Tafsir Surah Ash-Shoff di Masjid Kampung Paloh pada 10 Ogos 2012
Iktikaf di Masjid kubu kuat UMNO, Kampung Seri Kinta, Masjid Ad-Dinniah pada 11 Ogos 2012
Beriktikaf di satu lagi masjid UMNO, Masjid Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan pada 14 Ogos 2012
Gambar yang terpampang di Masjid Raja Dr. Nazrin Shah
Iktikaf di Masjid Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Masjid Jalan Diary) pada 16 Ogos 2012

Alhamdulillah, akhirnya DPPKIT berjaya melaksanakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan umatnya supaya beriktikaf di masjid di malam-malam terakhir di bulan Ramadhan. Di sini sempat juga admin dan sebahagian AJK DPPKIT sempat merakamkan gambar sebagai tanda kenang-kenangan, dan yang terpenting sebagai bukti untuk dihadapkan ke hadrat Allah SWT nanti. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا .... ﴿١٦﴾
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi (keredhaanNya)...."  (QS As-Sajdah : 16) 

Juga galakan dan saranan dari baginda SAW:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ (متفق عليه)
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu mengerjakan i'tikaf pada sepuluh hari yang penghabisan dari bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)

Semoga Allah menerima segala amalan kami. Amin .... WAllahua'alam

Jumaat, Julai 13, 2012

Usrah dan Mesyuarat Sekretariat Dewan Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur

Juadah lazat yang disediakan khas oleh saudara Mat Akhir Hashim, Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka sempena hari jadi beliau hari ini
Usrah yang dihadiri oleh sebahagian AJK DPPK IT
Sejurus selesai usrah kami bersama Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur mula bermesyuarat
DAPSY Ipoh Timur diketuai oleh Ketua Pemudanya, Mr. Howard CH Lee (berbaju kelabu)
Banyak perkara yang dibincangkan malam ini, antaranya menyusun strategi untuk menumbangkan BN di kawasan Ipoh Timur pada PRU 13 akan datang
Antar saff kepimpinan DAPSY Ipoh Timur yang hadir pada mesyuarat Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat malam ini, termasuk DAPSY berbangsa melayu, saudara Jamaluddin (kanan sekali)

Jumaat, Mei 11, 2012

Warna Warni Penjenamaan Semula / Santai BBQ Jabatan Amal Ipoh Timur

antara ahli-ahli Jabatan Amal Ipoh Timur yang hadir
Ketua DPPKIT, saudara Shahril Jalaluddin sedang menyampaikan ucapan
Program dilancar dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Tuan Arif Shaarani
Bermula malam ini, tugas Komandan Jabatan Amal Ipoh Timur berpindah tangan daripada saudara Fadhil Hamran kepada saudara Abd Latif Rani
Cenderahati disampaikan kepada Tuan Arif Shaarani kerana kesudian beliau hadir merasmikan program kami
Sebaik sahaja selesai pelancaran Program Penjenamaan Semula Jabatan Amal Ipoh Timur, kami disajikan dengan ayam bakar
Ketua PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Hj Rahim Dahari turut membantar menyediakan juadah, dengan membakar ayam... "kita bakor ... kita bakor ...", katanya.
Makan jangan sambil berdiri, syeikh....
jangan lupa baca bismillah

10 Mei 2012, Ipoh Timur - Alhamdulillah satu Program Re-branding atau Penjenamaan Semula Jabatan Amal Ipoh Timur dengan jayanya dilangsungkan oleh AJK jabatan Amal Ipoh Timur dibantu AJK DPPKIT malam tadi. Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Jabatan Amal Negeri, Tuan Arif Shaarani kerana sudi melancarka dan merasmikan program ini.

"Kita selaku ahli-ahli Jabatan Amal, hendaklah bersiap siaga untuk menghadapi dan membantu serta gerak-kerja persiapan Pilihanraya UMum ke-13 yang semakin hampir kerana Ustaz Nasharuddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri mengakui 70% kejayaan PRU ke 12 yang lalu banyak dibantu oleh Jabatan Amal," ujarnya. Program berjalan lancar bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam.

Khamis, Februari 23, 2012

PAS Ipoh Timur dan Adun Tebing Tinggi Santuni Mangsa Banjir di Kampung Sri Kinta

IPOH- Banjir kilat yang melanda Kg. Sri Kinta pada 20 Februari 2012(Isnin) baru-baru ini telah mendapat perhatian yang serius daripada PAS Ipoh Timur dan Adun Tebing Tinggi iaitu YB Ong.

Berbekalkan dana sumbangan para dermawan PAS dan menggunakan jentera pacuan 4 roda YB Ong, para petugas PAS serta Adun terbabit telah meredah banjir bagi menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut.




Tanpa mencatat nama atau memilih bulu, sumbangan telah disampaikan terus ke pintu rumah mangsa yang terjejas. Dianggarkan hampir 60 buah keluarga telah menerima sumbangan dalam misi bantuan yang memakan masa kira-kira 3 jam ini.



Antara kepimpinan PAS Kawasan yang hadir dalam program ini adalah NYDP Ipoh Timur, En. Roslan, Ketua Pemuda En. Shahril dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Ipoh Timur Pn. Sharifah Murni.

Dewan Pemuda juga telah membantu seorang warga emas meletakkan kembali barang-barang rumahnya di tempat yang betul setelah banjir surut.



Tahniah juga kepada UMNO Ipoh Timur yang telah menyediakan makanan tengah hari kepada keluarga yang terjejas. Walaubagaimanapun pihak kami agak berdukacita kerana sumbangan juadah hanya diberikan kepada penduduk yang memberi nama selain daripada perlu mengambil sendiri di dewan orang ramai.

Diharapkan penduduk kampung yang terjejas dapat bersabar dengan ujian yang melanda. Mudah-mudahan Allah gantikan mereka dengan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.






Kepada para penyumbang dan para amilin PAS, hanya ALLAH yang akan membalas budi baik kalian. Semoga ALLAH kekalkan keikhlasan kita dan teguhkan iltizam kita untuk berjuang menaikkan agamaNya. Amin.  

Karnival Santai Lombong Pemuda Ipoh Timur

IPOH-Lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) DPPK Ipoh Timur telah berjaya menganjurkan Program Santai Lombong yang julung kali diadakan di Perkarangan PASTI Kampung Temiang pada 19Februari 2012  (Ahad) baru-baru ini.



Program yang merupakan projek perintis DACS Ipoh Timur ini telah berjaya menarik hampir 60 orang peserta tempatan daripada pelbagai lapisan umur.



Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu pertandingan memancing, melontar dart dan permainan ping pong. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun terpaksa menanti sehingga 3 petang bagi upacara penyampaian hadiah.






Antara unsur dakwah yang telah diselitkan dalam program ini adalah pemasangan VCD kuliah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus sepanjang program berlangsung serta Solat Zuhur berjemaah yang dilakukan sebaik masuk waktu Zuhur di tempat program diadakan(semua aktiviti dihentikan semasa solat).




Program berakhir sepenuhnya dalam pukul 3.30petang. Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Saudara Shahril selaku Ketua Pemuda DPPK Ipoh Timur. Pihak kami mengucapkan syabas kepada DACS selaku penganjur dan terima kasih serta tahniah kepada peserta yang telah sudi memeriahkan program ini.