iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Disember 16, 2009

Kenyataan Media : Selamatkan SIS dan SERATA

diposting oleh : Ketua Penerangan DPPKIT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.














SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Selasa, Disember 15, 2009

SUK Perak Hina Student di London


 Oleh : Muhaimin Sulam (Bekas Ketua Pemuda PAS Perak), UK.

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya sudah ada.

Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa, tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasal pengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat bab ini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atau Malaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.

Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan, penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milik ahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.

Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.

Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang merendah-rendahkan pelajar UK.

Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam budak sekolah menengah!

Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!

Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati, sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni untuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '

Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).

Isnin, Disember 14, 2009

Pejuang Pas Pejuang Islam atau Pejuang Islam Pejuang Pas ?


Oleh : NKP DPPKIT

Jika kita mahu diiktiraf sebagai pejuang Islam yang benar, perhatikan tuntutan ini;

Anda dilihat sebagai penyatu umat, bukan penyatu kumpulan, apatah pemecah belah.

بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ

Dari syurga kita diturunkan untuk saling bermusuhan ( Al Baqarah:36 ). Perhatikan daripada sang semut yang kecil hingga sang gajah besar di alam ini, dapatkah dilihat makhluk yang lebih kuat permusuhan dan persengketaan mereka lebih daripada manusia? Habis makhluk merana hidup mereka kerana manusia!

Maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

Kenapa? Di jalan ini saja manusia mampu bersatu.
Kenapa? Di jalan ini saja manusia mengenal hakikat diri.
Kenapa? Di jalan ini saja ada Allah yang memberitahu  dan memberi petunjuk.
Kenapa? Di jalan ini saja Allah mahu kita bersatu menujuNya.
Kenapa? Itu kehendakNya jua.


Anda tidak layak menjadi pejuang Pas (atau apa-apa kumpulan) sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.

Islam adalah jalan. Pas adalah kenderaan. Hanya satu kenderaan dibenarkan berada di jalan ini iaitu kenderaan khilafah. Pemandunya khalifah yang dibai’ah. Adakah kenderaan itu? tiada lagi. Bilakah akan ada? Akan ada, akan datang. Bagaimana sekarang? Naiklah kenderaan yang mana ada, yang lebih selamat, yang lebih besar, yang berjalan di jalan ini. Ini sehinggalah datang kenderaan khalifah yang satu itu.

Ertinya, pastikan jalan dahulu sebelum naik kenderaan. Pastikan anda pejuang Islam dahulu sebelum jadi pejuang Pas.

Pas lenyap apabila datang kenderaan besar itu.

Islam adalah: 
1) Jalan itu. 
2) kenderaan besar itu.

Jika sebaliknya,
Anda gembira ketika umat tidak gembira.
Anda melanggar kenderaan lain kerana anda mengira itu jalan anda saja.
Anda dibenci kerana sifat takbur itu. Anda pula membalas dengan turut membenci.
Anda tak tahu pun bahawa anda diperlukan oleh jutaan umat, bukan sejuta umat. Anda dalam tempurung itu.

Maka, bukalah pintu diri..
Jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam.

Zambry Kadir Makan Angin Ke London


Oleh : Muhaimin Sulam pada jam11:38 am

Kalau aku katakan Kerajaan BN Perak sudah mantap dan lebih berkeyakinan, nanti ada orang yang sakit hati. Ini mungkin persepsi yang salah kerana aku baru dapat email dari kawan yang berbunyi.....






Dear Friends,

Assalamualaikum and greetings all,

Hope this finds you well. As you might be aware our present Menteri Besar , YAB Dr Zambry (some of you dispute his legality) will be in London on 12 December 2009. He is very interested in meeting anak-anak Perak, Perakians like us who live and grew up there. He is having a talk at King's College London, Strand Campus at 2.30 pm and a short meeting with Anak-anak Perak tentatively around 6.30pm at MSD, Bayswater. I am hoping you could be present for this meeting where we could air our grouses about Perak ie lack of development, 2 Menteri Besars etc. etc. and get the present leader to shut up for once and listen to us. Please add more Perakians you know to this network so we can talk about this upcoming meeting.

Thanks,
Amir
Taman Rapat Setia Baru, Ipoh, Perak

Ahad, Disember 13, 2009

Pastikan anak-anak warisi perjuangan PAS

Oleh : NKP DPPKIT


"Anakku Ahli PAS". Itulah keazaman yang sepatutnya ada pada setiap ahli PAS sama ada ahli biasa atau pimpinan pelbagai peringkat. Keazaman ini mesti ada dalam sanubari jiwa ahli PAS jika kita mahu melihat PAS terus berkembang.

Sirah Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan baginda menitik-beratkan mereka yang hampir, daripada segi kekeluargaan dan rakan yang akrab. Maka baginda sendiri menyampaikan seruan Islam pada isterinya Khadijah, Ali sepupunya, Abu Bakar, Zaid bin Harithah.

Sebagai ahli PAS, kita mesti pastikan orang yang paling dekat dengan kita, misalnya anak dan isteri, yang perlu diajak kerana merekalah warisan perjuangan apabila kita menemui Allah nanti. Kita minta Allah jauhkan anak-anak kita terlibat dengan Umno khususnya dan menentang perjuangan PAS. Kalau tiada usaha dilakukan, tidak mustahil anak-anak kita akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam.

Dalam suasana kebejatan moral dan heboh gerakan memurtadkan orang Islam, apa jaminan anak ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan lembah kedurjanaan ini? Maka usaha mendidik dan mencegah perlu dilakukan dengan sikap proaktif ibu bapa. Justeru, penerusan perjuangan adalah satu kemestian. Setiap bapa mesti memastikan anaknya juga menjadi ahli PAS kerana ia adalah kelangsungan dan penerus perjuangan PAS masa depan. Amat malang jika anak ahli-ahli PAS atau pimpinan PAS tidak meneruskan daya usaha yang dilakukan bapanya.

Jangan pula anak-anak ini terlibat aliran baru iaitu pemikiran Ummah Centrik dan Tunas Tajdid yang kononnya kerja-kerja Islam tidak perlu berjamaah. Dakwa mereka, tidak ada hadis yang mengarahkan untuk kita berjamaah dalam berdakwah dan berjuang. Mereka mencari hujah untuk orang menjauhkan diri daripada berjuang dalam PAS dan menimbulkan keraguan dengan tulisan dan ceramah yang penuh dengan "nota kaki".

Sebaliknya tidak mencari hujah supaya masyarakat menjauhkan diri daripada pelbagai khurafat yang dibawa Umno. Kita tidak mahu anak ahli-ahli PAS terutama di pusat pengajian tinggi terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Akhirnya, ia merugikan daripada segi perkaderan PAS pada masa akan datang kerana anak anggota jamaah sendiri tidak mahu menyertai dan aktif dengan PAS. Dan Umno tersenyum lebar tidak perlu bersusah payah berusaha melumpuhkan PAS kerana ada pihak lain melakukan untuk mereka.

Berikut antara usaha yang mesti dilakukan setiap ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi anggota PAS:

 1.
Isikan borang ahli PAS apabila sudah akil baligh. Harus disuntik untuk berasa bangga menjadi ahli PAS selain mengelak daripada terjebak mengikuti Putera dan Puteri Umno. Insya-Allah apabila anak kita sudah menjadi ahli PAS, ia akan terselamat daripada perangkap mereka yang sentiasa menahan jerat di pergentingan.


 2. 
Mesti diperingatkan anak-anak kita, jangan mengikut Putera dan Puteri Umno di mana sahaja mereka berada. Jangan sesekali bersekongkol atau berjinak-jinak dengan program mereka kerana ia memberi kesan negatif kepada perjuangan kita. Berapa ramai anak-anak orang PAS yang menentang arus perjuangan bapa mereka apabila mendekati dengan program Umno. Buktinya, program Mat Rempit Putera Umno pada 9-10 September 2006. Seramai 7,000 peserta termasuk 350 perempuan mengikutinya, dan ada yang melakukan perbuatan yang memalukan, seperti minum arak, bersekedudukan, terjun dalam kolam tempat wuduk Masjid Teluk Muroh, Teluk Batik ketika bergotong royong di masjid. Ini diakui Pegawai Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Manjung. (Berita Harian, 13 September 2006).



 3.
Wujudkan unit usrah remaja di cawangan yang melibatkan anak-anak orang PAS dengan naqibnya juga daripada remaja sebaya. Jangan pilih naqib orang-orang tua yang tidak memahami jiwa remaja. Kalau boleh, bermula sekolah rendah mereka dididik supaya membiasakan dengan program jamaah dan tidak kekok apabila dewasa nanti.


 4.
Mentarbiah anak menagih pengorbanan masa, tenaga, harta dan nyawa. Kita tidak mahu membiarkan anak-anak tidak memahami nilai perjuangan PAS. Kita bimbang mereka mungkin menyesal kerana menjadi anak aktivis PAS. Takut mereka tidak bersedia susah sepertimana bapa mereka dahulu. Akhirnya luputlah warisan perjuangan kita.



5. 
Menanamkan semangat bahawa ganjaran perjuangan Islam amat besar. Tegaskan bahawa perjuangan Islam tidak akan merugikan, sama ada di dunia dan mahupun akhirat. Berikan motivasi bahawa perjuangan yang kita lalui adalah tugas mulia para Rasul terdahulu.




6.
 Memastikan anak-anak mengikuti program keremajaan anjuran Unit Amal dan Nisa'. Program sedia ada dalam kerangka manhaj PAS mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan dipersiakan usia mereka dengan terlibat dalam program tidak berfaedah. Biarkan usia remaja mereka dimanfaatkan dengan organisasi PAS bagi membentuk akhlak mulia dan bersedia mewarisi perjuangan.



7. 
Apabila anak-anak mengikuti aktiviti PAS mereka akan dibimbing rakan sebaya terutama di IPT. Namun suasana di IPT, misalnya soal berpakaian, kembali kepada era 1970-an. Agak kurang siswi berjubah dan bertudung labuh, tidak sepertimana awal 1980-an apabila pakaian menutup aurat meluas termasuk mereka yang menyokong Umno di kampus kerana terpaksa mengikut arus. Kini suasana berpakaian menyakitkan mata, ditambah tekanan dan momokan pegawai universiti yang menjadi kuda tunggangan Umno; pelajar bersyakhsiah Islam dan aktif dengan Persatuan Mahasiswa Islam dipandang serong. Dasar sekular menyebabkan akhlak mahasiswa semakin parah. Insya-Allah apabila anak-anak menyertai perjuangan PAS, kita berasa selamat kerana mereka akan dipantau pelajar senior yang boleh dipertanggungjawabkan. Mereka akan menunjuk ajar apabila anak kita berkelakuan tidak senonoh dan mencegah daripada terjebak dalam gerakan memurtadkan orang Islam yang kini menular ke kampus.

AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT


Oleh : NKP DPPKIT

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di  katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang  marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,"  jawab salah seorang daripada mereka.

****

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya.

Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan.

Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka  bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

****

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal  begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta Asma ul Husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya.

Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka.

Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.

Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Jumaat, Disember 11, 2009

pemuda pas cawangan kg seri kinta mohon bantuan untuk OKU



IPOH, 10 Dis - Pemuda PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Pasir Puteh baru-baru ini melawat seorang OKU bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Ipoh Timur yang tinggal di kampung ini. Pihak Lajnah Kebajikan Kawasan memohon bantuan infaq kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada beliau bagi meringankan kesedihan dan bebanan yang semakin perit yang dialaminya. OKU ini juga merupakan salah seorang aktivis tegar dalam Cawangan Kg Seri Kinta ini.

"Dengan bantuan yang disalurkan kepada beliau, dapatlah meringankan beban perubatan dan keperitan yang ditanggung olehnya sekeluarga." kata Hj Abdul Rahim Dahari, selaku Ketua Cawangan  Kg Seri Kinta. 


Hasanuddin bin Md Ali atau panggilannya Pak Hasan juga menghidap penyakit lumpuh sebelah kanan yang mana selama ini beliau berjalan dengan menggunakan tongkat ke sana ke mari juga dengan bantuan motosikal roda tiganya, beliau membantu jema'ah PAS Cawangan dan berulang-alik ke Surau Khalidiah.

Kini beliau hanya berbaring di atas katilnya setelah atas nasihat doktor, kakinya baru-baru ini dipotong oleh pihak hospital kerana menghidap Diabetes. Pergerakannya makin terbatas. Beliau hanya tinggal dua beranak yang dibantu oleh Khairul, satu-satunya anak beliau yang sanggup berkorban demi ayahnya.


Usia beliau kini mencecah 60 tahun, memohon agar mendapat bantuan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab yang sudi menginfaqkan harta tuan tuan. Hulurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK beliau di nombor 108039075015.