iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, April 06, 2010

Waspada Terhadap Penyakit F L U

Anda terkena sakit flu? Biasanya apabila kita banyak melakukan aktiviti tetapi tanpa rehat dan makanan yang tidak seimbang serta keadaan cuaca yang tidak menentu dapat membuat seseorang akan mudah mendapatkan wabak penyakit flu tersebut. Untuk mengubati penyakit tersebut biasanya doktor akan memberi nasihat dan terapi supaya makan ubat dan masa rehat  yang cukup.

Jadi bagaimana pula seorang sahabat atau pendokong Islam boleh terkena Penyakit FLU (Futur, Lesu, Uzlah)? Jawapannya tidak jauh berbeza dengan seroang yang terkena penyakit flu. Adanya beberapa kes tentang aktivis yang terkena penyakit ini yang dulunya sangat aktif di organisasi dakwah kemudian tiba-tiba malas untuk aktif kembali, ada juga yang hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan sebagai pejuang dengan prinsip "Asalkan aku berada di situasi Selesa" atau "Asalkan aku tidak dicatat sebagai negatif dalam struktur organisasi".

Penyebab sakit F L U

Untuk mengetahui seorang sahabat terkena penyakit FLU, maka ada baiknya kita buka semula buku yang menjadi acuan aktivis tahun '90an iaitu "Terapi Mental Aktivis Harakah" tulisan DR. Sayyid Muhammad Nuh. Penyakit Futur ditempatkan pada bab pertama setelah bab pendahuluan mengenai "penyakit-penyakit di tengah jalan." Dua hal utama terjadinya futur adalah berlebih-lebihan dalam beragama dan suka menyendiri atau meninggalkan jamaah.

Terjadinya seorang aktivis berlebih-lebihan dalam beragama disebabkan banyaknya tugas yang ditanggung oleh ikhwah tersebut dan tidak dibantu dalam sebuah pasukan. Nampaknya sudah menjadi suatu kebiasaan atau rahsia umum dikalangan kita bahawa apabila seorang sahabat yang mendapatkan amanah sebagai ketua dalam jabatan struktur organisasi maka biasanya ketua tersebut yang akan dituntut untuk tugas-tugas yang ada dan sahabat yang lain sibuk dengan tugas-tugas luar struktur organisasi.

Dalam keadaan lainnya adalah sahabat itu suka menyendiri atau meninggalkan jamaah, biasanya seorang sahabat lebih suka bersendirian disebabkan tidak lagi merasakan manisnya semangat ukhuwah dalam berjamaah serta tidak merasa adanya semangat ruhiyah ketika melakukan aktiviti ibadah secara bersendirian tanpa dengan jamaah bersamanya. Dalam kesunyian ini, apabila ada saudaranya yang membiarkannya dalam keadaan tersebut, lambat laun pasti akan menjerumuskan aktivis tersebut dalam kelesuan untuk terus beraktiviti dakwah. Beliau akan lebih suka dalam kemanisan beribadah daripada kesusahan aktiviti dakwah secara berjamaah.

Lesu akan menjadi tingkat yang paling merbahaya dalam keadaan futur bagi seorang ikhwah, kerana apabila seorang aktivis sudah mengalami kelesuan biasanya lebih suka untuk Uzlah. Uzlah boleh dijadikan alasan seorang sahabat kerana lebih merasakan manisnya nilai ruhiyah daripada berdakwah ke masyarakat. Ada pula yang beralasan bahawa dengan bergaul dengan manusia dapat menganggu konsentrasi beribadah dengan melupakan pengertian ibadah yang sebenarnya.

Terapi dan Pengubatan Penyakit F L U

Untuk mengubatinya tentu saja yang bersangkutan, mesti dapat memotivasi diri kembali dengan membaca buku-buku yang diperlukan, muhasabah diri pada waktu senggang. Tetapi, selain penyembuhan oleh yang bersangkutan maka keadaan lingkungan yang kondusif dalam proses penyembuhan tersebut. Menjenguk dan memberi buah tangan dari saudaranya boleh menjadi cara untuk mempercepat proses penyembuhan.

Seperti etika dalam menjenguk orang sakit, diusahakan tidak membahas tuntutan tugas dakwah, masalah-masalah dakwah yang mesti diselesaikan, tetapi perbincangan ini dapat diarahkan mengenai perhatian terhadap dirinya, keluarga dan hal-hal lain mengenai kesulitan peribadi kehidupannya dan akan lebih baik bila menawarkan diri untuk membantunya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya.

"Apa khabar anta akhi?" Dah lama tak dengar cerita." Terdengar lebih baik dan manis daripada teguran "Anta pi mana? Sibuk ye!" atau "Lama tak nampak." Kami sahabat-sahabat dalam organisasi kita rindukan dan tertanya-tanya tentang anta!?.

Atau "Sahabat, tugasan yang kelmarin anta dapat tu, bolehkah ana bantu?" juga terasa lebih baik dan melegakannya bila dibandingkan "Macamanalah anta ni, kerja jamaah macam tu pun tak boleh nak buat?". Ucapan-ucapan tersebut kelihatan sederhana tetapi sangat berpengaruh dalam dakwah fardhiyah, anda boleh merujuk dan baca kembali "Sentuhan hati penyeru dakwah, panduan berdakwah syabiah" tulisan Abbas As-Sisi.

Memanusiakan kader dakwah

"Sahabat juga manusia" begitu kadang-kala menjadi sindiran beberapa aktivis dalam satu perbincangan. Bersikaplah secara realistik terhadap keadaan dan situasi saudara kita. Seorang aktivis yang sangat kekurangan dalam sudut ekonomi, keluarga, waktu atau kesihatan tidak pernah kita anggap sebagai suatu masalah, tidak kita perhatikan bahkan tidak memberi pertolongan untuk menyelesaikannya kerana kita menganggap dia adalah kader dakwah yang harus menyelesaikan masalahnya sendiri kerana masalah umat sudah terlalu banyak.

Ungkapan paradigma yang berbunyi "Masalah da'ie bukan masalah umat" seharusnya diubah menjadi "Da'ie adalah sebahagian dari umat dan permasalahan da'ie adalah sebahagian dari permasalahan umat", sehingga dengan demikian, sudah semestinya kita memberi perhatian yang lebih terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para kader dakwah kerana mereka adalah penggerak atau penjanakuasa  dalam masyarakat. Boleh dibayangkan, bila penjanakuasa penggerak rosak tentu saja tidak akan bergerak dan masyarakat tidak akan berubah kerana nilai-nilai dakwah tidak pernah sampai ke masyarakat.

Sebagaimana dalam kisah Sirah Nabawiyyah, kita akan banyak menemui perhatian lebih Rasulullah terhadap para sahabatnya sebagai penjanakuasa penggerak utama, seperti sebelum solat berjamaah beliau memperhatikan siapa si fulan yang tidak hadir dan bertanyakan tentang keadaannya. Bahkan tidak hanya bertanya tetapi juga berkunjung memberi bantuan. Inilah cara yang diajarkan Rasulullah, seorang Murabbi, tauladan kita semua.

Bahasa Motivasi lebih baik dari bahasa ancaman

Apa yang menyebabkan para ulama kita terus berjuang dan berdakwah serta bersabar dalam medan yang susah pada zaman atau era yang terdahulu? Tentu saja jawapannya adalah untuk menggapai redha-Nya dan dimasukkan dalam jannah-Nya, sebuah tujuan utama dalam mengisi lembaran dakwah di dunia ini. Dengan adanya tujuan dalam diri mereka amka mereka akan mempunyai daya gerak yang luar biasa sebagaimana kualiti perjuangan mereka ini disebutkan dalam QS. Al Anfaal: 65 hingga 66, bahawa nilai mereka boleh mensasar lebih besar 10 kali, 100 kali bahkan 1000 kali.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥﴾

الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٦٦﴾
"Wahai Nabi (Muhammad) kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti." "Sekarang Allah telah memudahkan kamu kerana Dia Mengetahui bahawa ada kelemahan padamu. Maka jika diantara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh), dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus ribu orang dengan izin Allah, Allah beserta orang-orang yang sabar."

Sebuah kekuatan yang luar biasa, kekuatan yang melebihi segalanya hingga meruntuhkan rasa takut terhadap ancaman manusia, mereka lebih takut terhadap ancaman Allah SWT, ancaman apabila catatan amal perbuatan yang buruk akan diberikan dari arah belakang manusia. Mereka lebih takut terhadap ancaman tersebut daripada ancaman yang keluar dari seorang manusia.

Motivasi diri itu muncul dari kesedaran mensasarkan kepada tujuan utama, daya gerak akan keluar dengan kekuatan yang luar biasa. Bandingkan dengan orang yang bekerja atas dasar motivasi Allah semata-mata dengan orang yang bekerja atas dasar takut akan ancaman terhadap manusia, manakah yang akan bergerak secara terus menerus dan mempunyai kekuatan yang luar biasa? Pergeseran nilai dakwah ini mulai dirasakan oleh beberapa sahabat, bahasa ancaman mulai terdengar apabila sahabat tidak mencapai sasaran. Ancaman terhadap nilai catatan seorang kader dianggap sebagai sesuatu yang penting bagi perjalanan "karir" kader dakwah tersebut, hingga keadaan tersebut mempengaruhi nilai kerja di medan juang. Kader dakwah akan mengutamakan kerja yang lebih mendekatkan pada jenjang "karir", pemilihan medan juang dakwah pun diperhitungkan. Dalam kiraan beberapa kader, sebuah institusi bukanlah tempat yang latihan acah-acah dan menjanjikan imbuhan dunia semata-mata kerana adanya ganjaran pahala, banyak tugasan operasi atau misi serta visi yang mesti dilakukan dalam memenuhi nilai sasaran, bermula dari mencari dana hingga melakukan kegiatan.

Namun demikian ada pula sahabat yang melihat dari sudut pandangan berbeza, syiar menjadi ladang amal yang luar biasa, nilai keikhlasan dan kesabaran benar-benar menguji, mental diterjah, pemikiran pun akan diajak untuk selalu diasah dan pengorbanan pun akan selalu dituntut. Mereka tidak begitu mempedulikan siapa yang akan melihat kerja juang mereka, walau mereka sudah bekerja secara optimum bahkan hingga ke peringkat maksimum dalam berdakwah tetapi masih sahaja yang disalahkan dalam kerja juang mereka. Mereka yakin bahawa Allah SWT Maha Melihat apa yang dilakukan hamba-Nya, Dia mempunyai catatan tersendiri untuk hamba-hamba-Nya.

Dari segelintir mereka lah, maka dakwah berjalan dengan berbagai program dan kegiatan, tetapi dalam realitinya, dari segelintir ini, satu persatu perlahan mulai terkena penyakit FLU. Banyaknya permasalahan dan tuntutan tugasan, minimumnya perhatian saudaranya serta situasi lingkungan yang tidak sesuai dengan jiwanya membuat daya tahan "iman" seorang aktivis akan dapat ditembus oleh penyakit FLU ini, dari sudut lain rekrutmen pun berjalan lambat yang komitmennya pun masih mesti diuji dalam medan juang dakwah.

Boleh jadi tulisan ini hanyalah salah satu kes yang khusus yang kemudiannya dijadikan kes umum, boleh jadi pula tulisan ini sebuah realiti yang tersembunyi dan menggigit nilai dakwah secara senyap sedikit demi sedikit, seperti kerja anai-anai pada sebuah batang kayu, nampak seperti cantik diluarannya tetapi mulai hilang dalam nilai dalamannya, hanya baik dalam bilangan atau kuantitinya sahaja. Bila mana fenomena ini benar-benar berlaku dan mulai merebak maka mesti kita tangani secara bijaksana dan mulai dicarikan "ubat" yang mujarab serta "doktor" yang berpengalaman.

Semoga Allah SWT memberikan istiqomah serta keikhlasan kepada kita semua dalam melanjutkan warisan risalah dakwah ini dan semoga Allah SWT memberikan kepada kita kemuliaan di sisi-Nya, Amiin.

Engkau merangkak mencari mulia,
Dan orang-orang yang mencarinya berusaha
Sepenuh jiwa menempuh kelelahan

Mereka mengejar mulia hingga
Banyak yang jemu,
Yang akan menemukannya hanya yang
Sungguh-sungguh dan bersabar.
Jangan mengira bahwa mulia adalah kurma
Yang akan kau makan,
Tak akan pernah kau dapatkan mulia
Sebelum pahitnya sabar.

Wallahu'alambishowab

Sabtu, April 03, 2010

Jemputan !!!!

Di jemput kepada semua Pemuda PAS Gagah Perkasa untuk datang beramai-ramai ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur malam ini seawal jam 7.00 malam. Bermula dengan solat Maghrib berjema'ah.

Ahad, Mac 28, 2010

Hari Keluarga PAS Kawasan Ipoh Timur Meriah !!!!

antara Dewan Muslimat yang hadir
Tangkap baik-baik bang ....Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara "Belon Kasih"
Para perserta acara "Lari Dengan Tempurung"
KUU dan Ketua JPN DPPKIT sedang beraksi dalam acara "Ambil Getah Guna Straw"
KUU sedang beraksi ....
"Punya laaa payah menda ni. dah la guna straw, angkat guna mulut pulak tu, Allahuakbar !!!!" itulah gamaknya yang dibisikkan oleh AF Ustaz Rahmat.
Macam terlena je ni. Terlena ke apa ni? Eh, idakkk. Aik ngelat ke apa? Mana boleh pakai tangan ....
Wakakakaakaa.... Lawak-lawak. Apa-apa pun memang best acara ni.

Chemor, 28hb Mac - Sambutan Hari Keluarga PAS Kawasan Ipoh Timur disambut meriah yang disertai dari pelbagai lapisan ahli termasuk Dewan Muslimat, DPPKIT, Lajnah Tarbiyyah Kawasan dan lain-lain lagi.

Rabu, Mac 24, 2010

Lawatan Lajnah Kebajikan DPPKIT ke Hospital Besar Ipoh


Program ziarah Lajnah Kebajikan DPPK Ipoh Timur bersama pemuda yang ditimpa musibah pada Ahad lalu 21hb Mac. Mereka yang terlibat dengan musibah seramai 3 orang iaitu Saudara Hamdan, bekas ahli Usrah DPPKIT, Saudara Basir, JPC Kampung Seri Kinta dan Saudara Mior, bekas Tenaga Kem Ibadah DPPKIT.

Saudara Hamdan ditimpa motosikal dan patah pehanya, Alhamdulillah beransur pulih. Manakala Saudara Basir, terjatuh dari atas lori semasa bertugas mengakibatkan patah di bahagian leher. Saudara Mior pula terlibat dengan kemalangan motosikal di Tapah dan kedua belah kakinya patah.

Lajnah Kebajikan DPPKIT menyumbang sedikit sumbangan bagi meringankan beban perubatan dan sebagainya. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh hubungi kami di 0195133537 (Saudara Shahril).

Ahad, Mac 14, 2010

Sekitar Program Jambori Amal DPPKIT 2010

Ketibaan para peserta.
 Tazkirah Petang yang disampaikan oleh Ustaz Yop
Sessi pendaftaran, ta'aruf dan perasmian oleh NKP DPPN, Sdr Salman Salleh
Dengan semangat dema ni nyanyi lagi Amalulillah.
Baru selesai mendirikan khemah
Bergambar beramai-ramai selepas khemah siap dibina
Tazkirah Maghrib disamapaikan oleh Ustaz Rahmat

Taklimat dan penerangan mengenai Bantuan Kecemasan dan CPR oleh Timbalan Pengarah Program, Sdr Rahmat Zulkifli
 Makan malam .... emmmm sedapnyaaa
 Tiga kumpulan dari empat kumpulan yang menyertai pertandingan karaoke nasyid, juaranya gambarnya takde .... hehehehe
 Subuh, selepas Qiamul'ibadah
Sementara tu, chef kita Ustaz Rahmat tengah menyediakan sarapan pagi kita.
Letih benor je ghopenya ... hehehe
Senaman regangan
 Latihan kawad yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Program

Lagi-lagi gambar akan menyusul ....

Ahad, Mac 07, 2010

Jadilah Pemuda Yang Berani

Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.

Pada setiap tahap yang telah kita paparkan di atas terdapat langkah, perincian, dan prasarana-prasarananya. Namun, di sini kami hanya memaparkan dengan tidak memanjangkan huraian dan tidak pula membuat perincian. Allah adalah Zat tempat memohon pertolongan. Cukuplah Dia bagi kami, Dia adalah sebaik-baik pelindung.

Mungkin mereka yang buta dan pengecut akan mengatakan bahawa itu semua adalah angan-angan dan illusi yang sedang menyelimuti jiwa manusia. Sesungguhnya, perkataan ini adalah sebuah kekerdilan yang kami tidak pernah mengenalnya dan Islam pun tidak mengakuinya. Dia adalah sifat wahn yang bersemayam dalam hati umat ini. Sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi  SAW :

عن ثوبن رضي الله عنه وقال : رسول الله صلى الله عليه وسلم. وقال ، "حصلت على ما يقرب من الفترة التي كانت فيها دول العالم سيأتي يحتشدون تحب الناس الذين تجمعوا لتناول وجبة صينية". صديق واحد ثم تساءل : "ما هو السبب كنا قليلا في ذلك اليوم؟" نبي. فأجاب : سوف "حتى أنت ، في ذلك اليوم الكثير ، ولكن كنت افترض الرغوة في وقت الفيضان ، والله سوف إزالة الخوف من قلوب أعدائكم بالنسبة لكم ، والله يلقي عليك في أمراض القلب' الوهن '". صديق سأل : "هل يا رسول الوهن؟" لدينا أجاب النبي ، "الحب في الدنيا ، والخوف من الموت".

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatع masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’ ”. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (HR. Abu Dawud)

Sifat itulah yang menjadikan musuh-musuh Islam semakin menancapkan kuku-kuku pengaruhnya dalam tubuh umat ini. Itu semua adaklah wujud kegersangan hati dan nilai-nilai keimanan, dan kewujudannya menjadi sebab utama terpinggirnya kaum muslimin. Kami akan mendeklarasikan dengan lantang bahawa setiap muslim tidak percaya dengan manhaj seperti ini, tidak akan membuat untuk merealisasikannya, dan yang demikian itu memang tidak mendapat tempat dalam Islam. Oleh kerananya hendaklah mereka mencari fikrah lain yang dapat  menjamin dan mengamalkannya.

Wahai pemuda!
Kalian tidak lebih lemah dari generasi sebelum kalian, yang dengan perantaraan mereka Allah membuktikan kebenaran manhaj ini. Oleh kerananya, janganlah merasa resah dan jangan pula merasa lemah. Paparkan di depan mata kalian firman Allah,

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾
"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)." (Ali Imraan : 173)

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang ....

Selasa, Februari 23, 2010

Hukuman sebat : Reda, hukuman di akhirat lagi berat

KETIGA-TIGA pesalah wanita (membelakang gambar) yang telah menerima hukuman sebat
ketika ditemu bual oleh pemberita di Penjara Wanita Kajang, tempohari.

KAJANG 18 Feb. - "Kami reda disebat kerana di akhirat, hukuman sebenar nanti lebih berat dari hukuman di dunia," itulah luahan tiga wanita yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka melalui episod pengalaman yang sama iaitu melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Malah, ketiga-tiga wanita yang berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an itu sanggup menerima hukuman atas keterlanjuran mereka di dunia ini apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Berikutan itu juga, pasangan lelaki masing-masing turut menerima hukuman yang sama di Penjara Lelaki Kajang pada tarikh hukuman itu.

Menurut salah seorang daripada wanita itu yang dibebaskan pada 14 Februari lalu, hukuman sebat amat wajar dilaksanakan ke atas umat Islam yang telah melakukan dosa sepertinya supaya tidak terus hanyut dan bergelumang dengan dosa.

"Saya pernah dengar hukuman sebat ke atas penzina namun saya ingat pihak penguat kuasa akan beri denda sahaja dan tidak menyangka hukuman sebat itu benar-benar wujud.

"Saya terus bergelumang dengan dosa sehinggalah disahkan hamil dan sejak itu saya tidak melakukan zina lagi serta berjanji dengan pasangan akan mendirikan rumahtangga selepas melahirkan anak.

"Selepas selamat melahirkan anak yang kini berusia hampir setahun, saya dan pasangan menyerah diri kepada Jawi pada awal tahun ini," kata wanita berusia pertengahan 20-an ini yang dikenali sebagai 'Ayu' (bukan nama sebenar) ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga pesalah wanita disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Ini merupakan pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas kaum wanita di dilaksanakan di negara ini.

Selain itu, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama.

Ayu yang dibebaskan daripada hukuman penjara dua bulan pada 14 Februari lalu, secara sukarela tampil hari ini untuk menceritakan sendiri detik-detik yang dilaluinya.

Pengakuan itu, menurutnya, semata-mata atas rasa tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam agar tiada yang mencontohi kesalahan lalu yang dilakukannya.

Dia yang turut didenda sebanyak RM1,000 dengan empat kali sebatan mengakui tidak berasa sakit ketika disebat tetapi ia memberi kesan mendalam dalam kehidupannya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Pengalaman beberapa minit disebat itu benar-benar membuka mata dan hati saya bahawa tiada yang lain selain Allah, hidup dan mati saya kerana-Nya.

"Saya benar-benar bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi dan benar-benar memohon pengampunan daripada-Nya," jelasnya.

Pengalaman sama turut dirasai oleh seorang lagi pesalah wanita yang ingin dikenali sebagai Aishah, 18.

Aishah menyerah diri kepada Jawi pada Disember lalu, selepas anak hasil persetubuhan haramnya meninggal dunia akibat tidak cukup bulan.

Wanita itu menerima hukuman penjara selama enam bulan, denda RM3,000 dan enam kali sebatan.
"Saya sedih membaca laporan akhbar berhubung pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Ketika saya disahkan hamil, tidak terlintas di hati saya untuk membunuh janin yang tidak berdosa.

"Pada pendapat saya, orang yang membunuh bayi telah melakukan dua dosa besar dan semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pesalah yang ingin dikenali sebagai Nur, berusia pertengahan 20-an menganggap dirinya insan terpilih kerana berpeluang mendapat hukuman di dunia atas keterlanjuran dirinya.

"Saya tidak menganggap apa yang saya lalui (disebat) sebagai satu hukuman tetapi bagi saya ia adalah peluang kedua untuk saya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Bagi saya ini satu tanda kasih sayang Allah untuk saya lalui ujian seperti ini dan saya amat berharap orang ramai mengambil kisah ini sebagai pengajaran," jelasnya.

Nur yang sudah memiliki anak berusia 3 tahun hasil hubungan haram dengan kekasihnya mengakui mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan mendirikan rumah tangga kerana 'kehilangan' wali.

''Sudah enam tahun ayah saya menghilangkan diri tetapi semua dosa yang telah saya lakukan ini bukan disebabkan faktor itu. Ia berpunca daripada diri sendiri," jelasnya.

Nur menerima hukuman 30 hari penjara dan enam kali sebatan tanpa dikenakan sebarang denda.

Sumber - www.halaqah.net