Isnin, Julai 12, 2010
Program Seminar Nuqaba DPP Pusat
10-11 Julai, KL - DPP Pusat telah menganjurkan satu seminar yang berkaitan Tarbiyah atau lebih terperincinya Seminar Nuqaba Dewan Pemuda Pas Pusat. Seminar yang dilangsungkan di Hotel Citrus, berhampiran dengan Pejabat Agung PAS, Jalan raja Laut ini, disertai oleh ahli-ahli DPPN peringkat kebangsaan. Seluruh Nuqaba dari DPPN seluruh negara menyertai seminar ini kecuali DPPN Sarawak dan Sabah. DPPN Perak telah menghantar 4 Pemuda sebagai wakilnya iaitu Ketua Lajnah Tarbiyah, AF Ustaz Abd Fatah Awang bersama Timbalannya, Ustaz Khairi Jamaluddin, seorang AJK Dewan Ulamak PAS Negeri, AF Ustaz Arman dan seorang AJK Lajnah Tarbiyah DPPN juga merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah DPPKIT, Ustaz Yop Halim.
Seminar yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini merangkumi tiga sessi pembentangan kertas kerja iaitu sessi pertama 11 haribulan sebelah malam bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 12.00 malam yang bertajuk Tarbiyah Islamiyah : Pengenalan dan Perlaksanaan di dalam PAS. Kertas kerja ini telah disusun dan dibentangkan oleh AF Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Manakala 2 kertas kerja seterusnya dibentangkan pada 12 haribulan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 12.50 tengahari. Kertas kerja kedua yang bertajuk Tarbiyah Ruhiyah dibentangkan oleh AF Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood. Manakala kertas kerja ketiga yang bertajuk Tahaaluf Siyasi dibentangkan oleh AF Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre. Turut hadir sebagai perasmi penutup seminar ini Timbalan KP Pusat, AF Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.
Kesemua tenaga penulis, pembentang dan panel pemeriksa ketiga-tiga kertas kerja ini merupakan terdiri daripada AJK DPP Pusat yang diketuai oleh AF Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi lalu dirujuk kepada Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura.
Ketua penganjur dan penyelaras seminar, AF Ustaz Nik Abduh menyuruh supaya kertas kertas kerja ini dapat dihadham dan dilumatkan serta diperturunkan kepada ahli-ahli Pemuda di peringkat negeri mahupun peringkat kawasan dan cawangan. "Kertas kerja ini hendaklah dibentang oleh para peserta yang hadir pada hari ini, supaya sanadnya sahih dan tidak putus," ujarnya.
Seminar yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini merangkumi tiga sessi pembentangan kertas kerja iaitu sessi pertama 11 haribulan sebelah malam bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 12.00 malam yang bertajuk Tarbiyah Islamiyah : Pengenalan dan Perlaksanaan di dalam PAS. Kertas kerja ini telah disusun dan dibentangkan oleh AF Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Manakala 2 kertas kerja seterusnya dibentangkan pada 12 haribulan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 12.50 tengahari. Kertas kerja kedua yang bertajuk Tarbiyah Ruhiyah dibentangkan oleh AF Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood. Manakala kertas kerja ketiga yang bertajuk Tahaaluf Siyasi dibentangkan oleh AF Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre. Turut hadir sebagai perasmi penutup seminar ini Timbalan KP Pusat, AF Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.
Kesemua tenaga penulis, pembentang dan panel pemeriksa ketiga-tiga kertas kerja ini merupakan terdiri daripada AJK DPP Pusat yang diketuai oleh AF Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi lalu dirujuk kepada Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura.
Ketua penganjur dan penyelaras seminar, AF Ustaz Nik Abduh menyuruh supaya kertas kertas kerja ini dapat dihadham dan dilumatkan serta diperturunkan kepada ahli-ahli Pemuda di peringkat negeri mahupun peringkat kawasan dan cawangan. "Kertas kerja ini hendaklah dibentang oleh para peserta yang hadir pada hari ini, supaya sanadnya sahih dan tidak putus," ujarnya.
Sabtu, Julai 10, 2010
DERMASISWA : GUNA DUIT UMNO ?
KENYATAAN MEDIA 9 JULAI 2010
SALMAN HAJI SALEH
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan tindakan Yayasan Perak yang jelas menjadi agen kepada aktiviti Umno melalui Majlis Penyerahan Dermasiswa Yayasan Perak anjuran Sekretariat Pelajaran Umno Bahagian Ipoh Timur bertempat juga di Bangunan Umno Negeri Perak seperti peruntukan tersebut daripada Umno dan bukannya kerajaan negeri.
DPPK IT mempertikai peranan sebenar Yayasan Perak yang sepatutnya tidak diperalatkan dan menjadi pentas bagi Umno / Barisan Nasional (BN) untuk menjaga kepentingan Umno semata-mata dan ini tidak sepatutnya berlaku. Ini sudah tentu memberikan tanggapan kepada rakyat bahawa Yayasan Perak sebenarnya sebahagian daripada Umno / BN termasuk lubuk kewangannya.
Perkara ini jelas serius dan DPPK IT mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan kerana berlaku penyalagunaan kuasa yang jelas kerana penyerahan dermasiswa tersebut mempunyai kaitan dengan satu peruntukan wang rakyat yang telah disalahgunakan oleh Umno / BN. Sepatutnya penyerahan dermasiswa tersebut tidak dipolitikkan kerana semua rakyat berhak mendapat jika ianya layak.
DPPK IT juga merasakan bahawa tindakan tersebut merupakan tindakan terdesak bagi mengaburi mata rakyat seolah-olah bahawa Umno membela nasib mereka. Tetapi mereka lupa semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak dahulu, peruntukan dermasiswa ini meningkat lebih baik daripada zaman pemerintahan BN sebelumnya.
SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
Jumaat, Julai 09, 2010
INTIPATI USRAH DPPKIT MINGGU INI
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ |
Sabtu, Jun 26, 2010
Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato’ Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.
Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.
PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.
PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini. Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.
PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini. Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini dikawasan masing-masing.
PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Pusat
Selasa, Jun 22, 2010
Jamaah Ikhwanul Muslimin bukan semata-mata Jamaah mushaf Al Quran dan pedang.
Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.
Kita akan membina diri, sehingga setiap kita menjadi seorang muslim sejati. Kita akan membina rumah tangga - rumah tangga kaum muslimin menuju terbangunnya rumah tangga yang Islami. Setelah itu, kita akan menempa bangsa kita menjadi bangsa yang muslim, yang tertegak di dalamnya kehidupan masyarakat yang islami. Kita akan meniti langkah-langkah yang sudah pasti, dari awal hingga akhir perjalanan. Kita akan mencapai sasaran yang telah digariskan Allah bagi kita, bukan yang kita paksakan untuk diri kita. Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orangorang
kafir tidak menyukainya.
Untuk itu, kita telah mempersiapkan keimanan yang tidak mungkin goyah, amal yang berterusan, thiqah (kepercayaan) kepada Allah yang tidak akan melemah, dan jiwa-jiwa yang merindukan pertemuan dengan Allah dalam keadaan syahid di jalan-Nya.
Jadikanlah itu semua sebagai landasan dan hakikat dari politik dalaman dan luaran kita, kerana sesungguhnya dengan begitu kita akan bertumpu kepada Islam. Kita pun akan mengetahui bahawa sesungguhnya memisahkan agama dari politik itu bukan dari ajaran Islam. Pemisahan itu tidak pernah diambil peduli oleh kaum muslimin yang jujur dalam beragama dan faham akan ruh ajarannya. Oleh kerana itu, hendaklah pergi sahaja dari kami siapa saja yang ingin memalingkan kami dari manhaj ini, kerana sesungguhnya mereka adalah musuh Islam, atau orangorang Islam yang bodoh terhadap ajarannya. Tidak ada yang ingin memalingkan kami darinya kecuali salah satu di antara keduanya.
Wahai pemuda!
Adalah kesalahan besar bagi mereka yang menduga bahawa jamaah Ikhwanul Muslimin adalah Jamaah Darwis, di mana para pengikutnya membatasi diri dalam wilayah sempit dari pemahaman masalah ibadah. Seluruh penumpuan gerak kerja mereka adalah solat, puasa, zikir, dan tasbih. Kaum muslimin pada suatu masa terdahulu tidak pernah mengenali dan mengimani Islam dengan pemahaman seperti ini. Akan tetapi, mereka meyakini Islam sebagai akidah dan ibadah, negara dan kewarganegaraan, akhlak dan material, budaya dan undang-undang, serta toleransi dan kekuatan. Mereka meyakini Islam sebagai sistem dan cara hidup yang melingkupi seluruh aspek kehidupan, mengatur perkara dunia sebagaimana dia mengatur perkara akhirat. Mereka yakin bahawa Islam adalah sistem hidup seharian sekaligus kerohanian. Islam menurut mereka adalah agama dan daulah, mushaf Al Quran dan pedang.
Dengan pemahamana seperti itu, mereka tidak melupakan perkara ibadah dan tidak alpa dari menjalankan kewajiban-kewajiban terhadap Raab-Nya. Mereka berusaha untuk ihsan dalam solat, tilawah Al-Qur'an, berzikir kepada-Nya sebagaimana yang telah diajarkan kepada mereka tanpa ditambah atau dikurangi, tidak dibuat-buat, dan tidak pula disusahkan. Mereka adalah orang-orang yang paling tahu tentang sabda Rasulullah saw.,
إن هذا الدين هو قوي ، ولكن بلطف ثم أدخل
" Sesungguhnya agama ini kukuh, maka masukilah ia dengan lemah lembut…"
Namun demikian, mereka tetap tidak ketinggalan mengambil bahagian dari dunia dengan tidak mempengaruhi pencapaian keberhasilan akhiratnya. Mereka memahami firman Allah,
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ.... ﴿٣٢﴾ | |
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?...." (Al A'araf : 32) Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang .... |
Langgan:
Catatan (Atom)