iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, November 17, 2010

Edaran Daging Korban 10 Zulhijjah 1431 H

Salah seekor dari tiga kerbau yang dikorbankan
Seekor je lembu tahun ni
Ibadah penyembelihan dilakukan oleh Hj. Fauzi, ahli PAS Cawangan Kg Pasir Puteh. Darah merocik preettt kena kamera.
Naib Ketua Pemuda Pas Perak turut membanting tulang
Muslimat PAS Kawasan juga turut menyumbangkan tenaga
NYDP dengan gagahnya melapah daging
Pisau tumpul pulakkk
Selesai melapah, menjamu selera dengan makan tengahari. Lauknya daging kerbau segar masak kicap, hmmm....
Proses timbang dan bungkus
Daging yang dah siap dibungkus sedia untuk diagih-agihkan
Setelah dibungkus dengan plastik "bulan" di masukkan pula ke dalam kereta
Tanpa mengira fahaman politik, kami tetap memberi bakti dan sumbangan

17 Nov, Ipoh Timur - DPPKIT dan Pas Kawasan Ipoh Timor petang ini melancarkan edaran daging korban di sekitar Kawasan Ipoh. Aktiviti bermula dari penyembelihan, melapah, membungkus seterusnya hinggalah edaran dari rumah ke rumah.

Antara Pas Cawangan yang turut membantu dalam program ini ilah Pas Cawangan Kg Pasir Puteh dan Kg Seri Kinta. Pemprosesan daging tiga ekor kerbau dan seekor lembu itu dibuat di Surau Al Aziziah, Kg Pasir Puteh.

sumbangan sempena menjelangnya 'Idul Adha dan Deepavali yang baru berlalu

Sebahagian dari penduduk warga india yang menerima sumbangan
Tanda keprihatinan, kami turut menghulurkan sumbangan bagi mereka-mereka yang akan menyambut 'Idul Adha esok
Seorang anak ahli PAS Cawangan Taman Cempaka yang cemerlang 7A dalam UPSR baru-baru ini turut menerima sumbangan daripada Saudara Salman Salleh

16 Nov, Taman Cempaka - DPPKIT dengan kerjasama Perak Care telah mengadakan ekspedisi rumah ke rumah di sekitar perumahan di Taman Cempaka bagi menghulurkan sumbangan kepada golongan dhaif berupa barangan keperluan harian dan barangan dapur sebagai tanda keperihatinan kami terhadap golongan yang memerlukan ini.

Dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapatlah meringankan perbelanjaan isi rumah bagi menyambut Hari Raya 'Idul Adha yang akan disambut esok. Begitu juga sumbangan turut dihulurkan kepada golongan dhaif dari kalangan penduduk Taman Cempaka berbangsa India sebagai tanda ingatan kami kepada mereka yang baru sahaja menyambut sambutan Hari Deepavali.

Ahad, November 14, 2010

Ihtifal Pasti Kawasan Ipoh Timor

Backdrop yang menarik dibuat oleh Amat Qaiyyum
Meja pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 malam
Antara hadirin yang mewakili ibu-bapa, penjaga, keluarga dan sanak saudara pelajar Pasti Kawasan Ipoh Timor
Para Ahli Lembaga Pengarah Pasti duduk di meja VIP
Majlis dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Saudara Salman Salleh
Persembahan yang mencuit hati dari para pelajar. Di balik tubuh yang kecil mereka ini tersimpan bakat yang besar dalam diri mereka.
Para pemenang Cabutan Nama Bertuah menerima hadiah masing-masing.
Antara hadiah-hadiah untuk perserta Cabutan Nama Bertuah, Trofi dan Sijil Penghargaan untuk pelajar-pelajar cemerlang Pasti
Antara pelajar-pelajar Pasti yang menerima penganugerahan masing-masing

13 Nov, Hotel Seri Malaysia, Ipoh - DPPKIT dengan jayanya telah melangsungkan Malam Ihtifal PASTI Kawasan Ipoh Timur hari ini. Majlis ini bagi meraikan dan penganuherahan tahap kecemerlangan Diniah dan Akademik pelajar pelajar Pasti dari Pasti Ibnu Safa - Taman Shatin, Pasti Raudhatul 'Ilm - Kampung Temiang, Pasti Bestari - Taman Cempaka dan yang baharu dibuka, Pasti Al Ihsan - Taman (Pengkalan Jaya) SPPK. Majilis bermula seawal jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Suasana Gerak Kerja PRK N45 Galas

Markas Besar Gerak Kerja Pilihanraya Negeri Kelantan N45 DUN Galas, Gua Musang.
Jalan masuk ke Rumah Petugas Pilihanraya Perak
 Inilah rupa Rumah Petugas Pilihanraya PAS Perak yang betul-betul berada di balik bukit di mana terletaknya "Gua Musang".
Lawatan dari pimpinan JPN Negeri
Saudara Zakril SU Jabatan Amal Perak turut membantu gotong royong memasak di bahagian dapur rumah petugas
 Gotong royong membina bangsal untuk Program Cakno Keluarga
 Program Cakno Keluarga anjuran Muslimat
Ceramah Dato Seri Ir. Hj Nizar di Kampung Baru Cina, Gua Musang
 Lawatan Dato Seri ke Rumah Petugas Pilihanraya PAS Perak
TYDP Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad turut menyumbangkan tenaga untuk program mendekati rakyat
Dato Seri dan PJ PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin turut hadir dalam Program Mari Pakat Sumbat Gool anjuran Pemuda PAS Perak dan Kelantan ini
Sepak mula dirasmikan oleh Dato Seri dan PJ
Calon YB kito turut sama cakna program ini, gooolllll
 hebatnya mokcik ni menedang bolaaa
 ni bukan SB umno yang tengah solat ni ye

Isnin, Oktober 25, 2010

AMALAN KHURAFAT AMALAN UMNO

Gambar Hiasan

Kenyataan Media (19 Oktober 2010)


UPACARA TIANG SERI: AMALAN KHURAFAT DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta perjelasan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang menghadiri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong baru-baru ini yang dikhuatiri bertentangan dengan ajaran Islam di dalam upacara meletakkan ancak ke tiang seri yang kini tersebar luas di dalam media baru yang tidak lagi menjadi amalan umat Islam kini.

Di dalam perkara yang sama, DPPN Pk meminta Jabatan Mufti Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk memberikan nasihat kepada Datuk Seri Zambry jika perkara tersebut jelas bertentangan dari ajaran Islam. Penjelasan akan amalan tersebut yang sudah lama ditinggalkan seolah-olah masih menjadi amalan dan bertentangan jelas dengan kepercayaan kepada Allah.

DPPN Pk tidak bertujuan mencari salah Datuk Seri Zambry, tetapi bimbang amalan yang sudah lama ditinggalkan menjadi ikutan semula umat Islam. Sedangkan perbuatan khurafat tersebut jelas memohon perlindungan kepada yang lain daripada Tuhan Yang Maha Esa. Penjelasan juga perlu kepada umat Islam oleh pihak yang berwajid akan perbuatan tersebut yang jauh terpesong dengan amalan Islam yang sebenarnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.