iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, Oktober 25, 2011

Subhanallah..

TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti  Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.
TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.
LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit

TERBARU TERKINI...PANAS DI PASARAN...GUA IKUT NTA BRO..

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR ada menjual baju t-shirt edisi khas sempena program Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan berlansung pada 28-30 Okt di KUIZM, Taman Melewar.Sehubungan itu kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya bolehlah menghubungi wakil jualan kami,


Sdr. Muhammad Rahmat di talian 0195722778.



Sebarang pembelian dalam kuantiti yang banyak akan mendapat harga istimewa

Jumaat, Oktober 21, 2011

Khamis, Oktober 20, 2011

Mydin Jatuhkan Imej Kerajaan BN,




 
 
Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN). Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Maknanya barangan terbabit adalah "percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin. Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang. Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. Maka itu jom boikot Mydin !.



Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin
Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN

[Tindakan Mydin ini jelas sekali menjatuhkan imej dan maruah BN sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah selama ini Mydin yang menjadi pembekal barangan pilihanraya BN?. Jika itu keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan memberikan projek Kedai Rakyat 1Malaysia kepada pihak terababit. Rupanya, ada "give n take" dalam urusan yang berkenaan. Peniaga Melayu terus dianaktirikan, sebaliknya Mydin yang sudah kaya raya itu dikayakan lagi. Masalahnya, kenapa Mydin sanggup menjual barangan "Percuma" di pasaraya terbabit. Bukankah semua produk BN itu adalah diberikan secara percuma kepada rakyat dan petugas pilihanraya mereka?. Apakah BN tahu yang mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka aal-awal lagi sudah melelong barangan cenderahati jenama BN itu?. Nampaknya, petanda awal kejatuhan BN sudah kian terasa dengan senario yang berlaku ini agaknya. Maka itu fikirkanlah].

Rabu, Oktober 19, 2011

Hormati Keputusan penganjur..

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini."PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Ahad, Oktober 16, 2011

Daulat Tuanku

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam.
“Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam hayat baginda.
“Patik juga berharap tuanku akan membawa lonjakan baru kepada Malaysia dalam semua bidang seperti lonjakan yang tuanku bawa kepada Negeri Kedah.
“Daulat Tuanku,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.
Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa
13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.

Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.