| وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ |
Jumaat, Julai 09, 2010
INTIPATI USRAH DPPKIT MINGGU INI
Sabtu, Jun 26, 2010
Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato’ Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.
Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.
PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.
PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini. Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.
PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini. Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini dikawasan masing-masing.
PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Pusat
Selasa, Jun 22, 2010
Jamaah Ikhwanul Muslimin bukan semata-mata Jamaah mushaf Al Quran dan pedang.
Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.
Kita akan membina diri, sehingga setiap kita menjadi seorang muslim sejati. Kita akan membina rumah tangga - rumah tangga kaum muslimin menuju terbangunnya rumah tangga yang Islami. Setelah itu, kita akan menempa bangsa kita menjadi bangsa yang muslim, yang tertegak di dalamnya kehidupan masyarakat yang islami. Kita akan meniti langkah-langkah yang sudah pasti, dari awal hingga akhir perjalanan. Kita akan mencapai sasaran yang telah digariskan Allah bagi kita, bukan yang kita paksakan untuk diri kita. Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orangorang
kafir tidak menyukainya.
Untuk itu, kita telah mempersiapkan keimanan yang tidak mungkin goyah, amal yang berterusan, thiqah (kepercayaan) kepada Allah yang tidak akan melemah, dan jiwa-jiwa yang merindukan pertemuan dengan Allah dalam keadaan syahid di jalan-Nya.
Jadikanlah itu semua sebagai landasan dan hakikat dari politik dalaman dan luaran kita, kerana sesungguhnya dengan begitu kita akan bertumpu kepada Islam. Kita pun akan mengetahui bahawa sesungguhnya memisahkan agama dari politik itu bukan dari ajaran Islam. Pemisahan itu tidak pernah diambil peduli oleh kaum muslimin yang jujur dalam beragama dan faham akan ruh ajarannya. Oleh kerana itu, hendaklah pergi sahaja dari kami siapa saja yang ingin memalingkan kami dari manhaj ini, kerana sesungguhnya mereka adalah musuh Islam, atau orangorang Islam yang bodoh terhadap ajarannya. Tidak ada yang ingin memalingkan kami darinya kecuali salah satu di antara keduanya.
Wahai pemuda!
Adalah kesalahan besar bagi mereka yang menduga bahawa jamaah Ikhwanul Muslimin adalah Jamaah Darwis, di mana para pengikutnya membatasi diri dalam wilayah sempit dari pemahaman masalah ibadah. Seluruh penumpuan gerak kerja mereka adalah solat, puasa, zikir, dan tasbih. Kaum muslimin pada suatu masa terdahulu tidak pernah mengenali dan mengimani Islam dengan pemahaman seperti ini. Akan tetapi, mereka meyakini Islam sebagai akidah dan ibadah, negara dan kewarganegaraan, akhlak dan material, budaya dan undang-undang, serta toleransi dan kekuatan. Mereka meyakini Islam sebagai sistem dan cara hidup yang melingkupi seluruh aspek kehidupan, mengatur perkara dunia sebagaimana dia mengatur perkara akhirat. Mereka yakin bahawa Islam adalah sistem hidup seharian sekaligus kerohanian. Islam menurut mereka adalah agama dan daulah, mushaf Al Quran dan pedang.
Dengan pemahamana seperti itu, mereka tidak melupakan perkara ibadah dan tidak alpa dari menjalankan kewajiban-kewajiban terhadap Raab-Nya. Mereka berusaha untuk ihsan dalam solat, tilawah Al-Qur'an, berzikir kepada-Nya sebagaimana yang telah diajarkan kepada mereka tanpa ditambah atau dikurangi, tidak dibuat-buat, dan tidak pula disusahkan. Mereka adalah orang-orang yang paling tahu tentang sabda Rasulullah saw.,
إن هذا الدين هو قوي ، ولكن بلطف ثم أدخل
" Sesungguhnya agama ini kukuh, maka masukilah ia dengan lemah lembut…"
Namun demikian, mereka tetap tidak ketinggalan mengambil bahagian dari dunia dengan tidak mempengaruhi pencapaian keberhasilan akhiratnya. Mereka memahami firman Allah,
| قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ.... ﴿٣٢﴾ | |
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?...." (Al A'araf : 32) Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang .... |
Jumaat, Jun 18, 2010
KEJOHANAN TERTUTUP BADMINTON PIALA KETUA PEMUDA DPPK IPOH TIMUR
Kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi lantaran nikmat Iman dan Islam, Dakwah dan Jihad. Pihak Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemuda mujahid yang hadir diatas usaha kalian dalam menjayakan kejohanan piala ketua pemuda. Jazakumullahu khairan kathiira. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin Ya Rabbal'alamin.
Laporan Kejohanan Badminton Tertutup
Pertandingan badminton telah diadakan pada 17/6/2010 di dewan Sunway City..Lebih kurang 30 orang pemuda dari beberapa cawangan dalam kawasan Ipoh Timur hadir dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan,DPPKIT. Program yang bermula dengan solat isya'. Pertandingan bermula pada pukul 10.00 malam dengan penyertaan seramai 8 pasukan beregu dijalankan secara kalah mati. Pertandingan berakhir lebih kurang pada pukul 11.00 malam dengan dimenangi oleh pasukan dari cawangan kg. Sri Kinta yang merupakan gandingan veteran/remaja. Penyampaian hadiah disampaikan oleh ketua Pemuda sendiri dan menurut ucapan beliau program sebegini mampu mengeratkan ukhwah dikalangan pemuda seterusnya menguatkan jentera jemaah parti yang didokongi oleh pemuda sebagai tulang belakang PAS. Katanya lagi disamping mencergaskan badan , program sukan yang dianjurkan juga tidak ketinggalan dalam unsur-unsur dakwah dan tarbiyah. Diharap program sebegini dapat terus dijalankan dan mendapat sambutan oleh pemuda kawasan Ipoh Timur.Isnin, Jun 14, 2010
KENANGAN PRK BUKIT GANTANG
Semasa gerak-kerja PRK , beliau memberi semangat serta tunjuk-ajar yang tidak ternilai. Ustaz Hasan Shukri dalam kenangan kami.
Almarhum pernah berpesan kepada kami, "Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah, mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan. Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan Alhamdulillah makin bertambah baik.Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan."
Almarhum pernah berpesan kepada kami, "Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah, mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan. Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan Alhamdulillah makin bertambah baik.Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan."
Jumaat, Jun 11, 2010
Tahniah Akhi Salman Salleh
Tahniah kepada KP DPPKIT yang baru-baru ini telah menerima 'orang baru' dalam keluarganya. 'Orang baru' yang dimaksudkan ialah cahaya mata bayi lelaki yang ketiga yang comel seberat 3.6 kilogram. Tahniah wa syukru lillah .....
Langgan:
Catatan (Atom)


