iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, Januari 08, 2010

PAS jangan terheret sama dalam demo di dalangi UMNO - Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam,
Ada pihak nak tumpang ramai dengan kita.Tarikh yang sama dan waktu yang sama..Ada media yang nak berkubur kata NUJ akan putar cerita.Mereka akan tambah berapa 0000 dibelakangnya nanti...Ramai yang sokong mereka.
Pihak kita yang menganjurkan akan dikurangkan jumlahnya..Kita tunggu siapa yang kena

Catat Ulasan