iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Sabtu, Februari 13, 2010

Gambar-gambar rombongan DPPKIT sekitar Program HEMPAP

kami mula bertolak dari Kg Temiang seawal jam 7.30 pagi. Turut kelihatan NYDP Saudara Roslan Suleiman turut menyertai rombongan kami. Mantap Abg Lan. "Terasa jadi muda balik plak rasanya," katanya.
suasana peserta rombongan semasa di dalam bas. yang dok kat belakang tulah yang paling naya. melambung-lambung kami dibuatnya dalam bas apabila bas melalui jalan sekitar Kg Sungai Segar. hehehehe
para peserta dalam bas semasa dalam perjalanan, layan CD ceramah. Layaaannnn
suasana bawah khemah rombongan DPPKIT turut menyedia table meniaga yang mana barangan dibawa oleh TKP kita, AF Ustaz Ahmad Faisal.
"untuk saham akhirat ni dik, insyaAllah," kata Ketua Pengarah Pilihanraya DPPKIT ni. heheheh
antara events yang menarik perhatian para hadirin: paintball, persembahan nasyid dan pertunjukan seni silat gayung.
bekas pelumba motorsikal tanahair, Saudara Wazi Abd Hamid sedang menerangkan tentang pameran cubprixnya.
 perasmi Program HEMPAP, Pesuruhjaya PAS Perak, AF Ustaz Abu Bakar Hussain.
antara pimpinan DPPN yang turut hadir, Bendahari LTPDPPN, AF Ustaz Latiff dan Setiausaha LTPDPPN, AF Ustaz Ahmad Faisal.
bacaan iqrar Pemuda-Pemuda PAS Perak yang akan bekerja keras dalam Pilihanraya akan datang, yang dipimpin oleh Pemangku KP DPPN, AF Ustaz Nouri Al Amin.
walaupun posing tak berapa nak jadi, sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambaq kenang-kenangan bersama bekas Pemuda PAS Pusat, Saudara Mahfuz Omar. MasyaAllah, mana gambar ana ???? dok kena lindung dengan beg pulak dah ....


SELAMA, 31 Jan - Di harapkan posting ni dapatlah ditatap oleh anda semua, walaupun ianya agak lambat sedikit, namun ianya masih segar untuk dikongsi bersama :).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan