iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Julai 14, 2010

Akademi Kepimpinan Pemuda, Perak


10 Julai 2010, Pusat Akademi, Taiping. Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda PAS Perak telah mengadakan Kursus Modul Amilin (Training of Trainers) kepada pimpinan-pimpinan diperingkat DPPNK. Progam berlangsung selama dua hari dan dihadiri kira-kira 60 orang peserta yang mewakili kawasan seluruh Perak.

Program yang bermuka 10 Julai 2010 hingga 11 Julai 2010 itu telah dihidangkan dengan pembentangan 3 kertas kerja penting Modul Amilin yang disampaikan oleh jurulatih (trainer) yang berpengalaman luas dalam bidang motivasi & kepemudaan. Perak merupakan negeri pertama yang melaksanakan AKP peringkat negeri setelah dilancarkan pada 7 Feb 2010 lepas di peringkat Pusat.

Modul tersebut terdiri dari:-
1. Modul Advance Management
2. Modul Komitmen & Iltizam
3. Modul Influence (Kepimpinan Berpengaruh)
Bagi merialisasikan tunjuk ajar yang telah disampaikan oleh 'trainer' peserta diberi tugasan untuk mendampingi masyarakat setempat. Atas faktor hujan pada petang tersebut, maka setiap kumpulan telah diberi beberapa lokasi untuk mencari mad'u seterusnya mengaplikasikan teknik salam mesra yang dibentangkan. Peserta juga di tayangkan dengan beberapa video dan permainan yang membina keyakinan, motivasi dan semangat untuk terus bekerja memenangkan PAS.
Diakhir program, Sdr Ahmad Sabki Yusof Naib Ketua Pemuda PAS Pusat telah merasmikan majlis penutupan AKP Negeri Perak. Beliau menggariskan beberapa perkara penting dalam ucapan aluannya sebagai Pengarah AKP Pusat. Antara isi ucapannya:-

Tujuan AKP diasaskan / ditubuhkan:-
1.Pengukuhan Organisasi Pemuda
2.Pengukuhan Keupayaan Tenaga Kerja Parti
3.Pengukuhan Kewangan

Menurut beliau Program AKP ini mesti dirasai oleh semua Pemuda PAS setiap peringkat."Kita (kepimpinan pemuda) bertanggungjawab memberi latihan kepada pemuda" Telah berkata Sdr. Ahmad Sabki.Setiap pengisian AKP telah disusun menyentuh keperluan / kekurangan dalam parti/jamaah bagi memantapkan lagi gerak kerja. AKP turut bertanggungjawab menyediakan latihan kepada bakal-bakal pemimpin pelapis termasuk diperingkat kampus.
AKP terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu;
MODUL INDUKSI
Modul yang disediakan khusus untuk kepimpinan pemuda peringkat kawasan & cawangan dalam bentuk 'Self Conduct Training'.

MODUL AMILIN
Modul ini disusun untuk peringkat tertinggi Dewan Pemuda sehinggalah melibatkan Kepimpinan DPPK setiap kawasan diseluruh negara.

Program dirasmikan oleh Ust. Munir Ali

peserta memilih kumpulan tanpa bersuara

Melaksanakan tugasan berkumpulan

Sdr. Zairul, Bendahari DPPN diuji dengan satu permainan

Trainer sedang memberikan penyampaian begitu bersemangat

Ust. Idris Tim. KP Bagan Serai turut hadir pada kursus Amilin

'Ukhwah' Apabila letih semua peserta mengurut sesama peserta

Mendekatai remaja, memperkenalkan Islam

amalkan lah teknik  'SALAM MESRA' dan 'TIGA' dalam mendekati mad'u

Sdr. Ahmad Sabki Latif Naib Ketua Pemuda PAS Pusat merasmikan penutup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan