iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, Januari 01, 2012

Program Kembara Insan Cemerlang (PROTAPAS)

KG. TEMIANG - Alhamdulillah pada 28 hingga 29 Muharram 1433H (24 hingga 25 Disember 2011) yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur(DPPKIT) menerusi Jabatan Perkaderan Pelajar(JPP)nya telah berjaya menganjurkan program PROTAPAS peringkat PAS Kawasan Ipoh Timur.

Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan 17 orang pelajar yang berumur antara 7  ke 17 tahun. Para peserta terdiri daripada anak-anak ahli yang tinggal disekitar Ipoh Timur dan kawasan yang berhampiran dengannya.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini seperti kuliah asas aqidah, sesi LDK, riadhah dan lain2 lagi. Semua peserta kelihatan begitu ceria dan tekun mengikuti segala aktiviti yang diadakan. Di penghujung program semua peserta menerima sedikit cenderahati berupa sijil, keychain dan notepad daripada DPPKIT.

                                      Bergambar sebelum program bermula

                                      Sesi Taaruf (Ice Breaking) oleh Bro Sham

                                      Latihan dalam kumpulan(LDK 1)

                                      LDK 2

                                      Aktiviti santai: Main bola API

                                       Solat Jamaah

                                      Ucapan Penutup oleh Pengarah Program

                                      Penyampaian Cenderahati oleh SU DPPK

Pihak DPPKIT berazam untuk melaksanakan program ini pada setiap tahun bagi mengisi cuti anak-anak ahli PAS dengan aktiviti yang bermanfaat. Syabas dan tahniah kepada JPP (Ust. Syuhadak & the Geng) atas usaha yang dilakukan ini. Semoga DPPKIT akan lebih maju ke hadapan dalam tahun yang mendatang ini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan