iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Jun 10, 2013

Program Ziarah Khas 2013

IPOH - Pada hari Sabtu, 8 Jun 2013 baru-baru ini, pihak Sekretariat Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPKIT) telah berjaya menganjurkan satu program ziarah berbentuk lawatan muhibbah terhadap dua organisasi iaitu Majlis Ulama Rohingya Malaysia (MURM) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Negeri Sembilan (DPPNNS).

Seawal jam 7 pagi delegasi DPPKIT yang terdiri daripada 9 orang exco dan ahli pemuda telah bertolak membelah embun menuju ke ibu kota, Kuala Lumpur menaiki 2 buah kereta dengan diketuai oleh Ketua Pemuda Saudara Ahmad Shahril bin Jalaluddin. Senarai ahli rombongan terdiri daripada Shahril(KP), Ust Yob (NKP), Zul (SU), Azli (PSU), Fendi (K.Pen), Safarizal (AJK), Hamzi (AJK), Shidi (U. Amal), dan Jamil (U. Amal)

Delegasi DPPKIT telah selamat tiba di pejabat MURM di Gombak kira-kira jam 11 pagi. DPPKIT telah disambut dengan penuh kesyukuran dan penghormatan oleh wakil MURM yang diketuai oleh pengerusinya Ustaz Jaber bin Mohd. Subahan. Di dalam pertemuan tersebut jurucakap MURM iaitu Ustaz Jaber dan Ust. Karim (SUA MURM) telah menceritakan kepada kami situasi semasa masyarakat minoriti muslim Rohingya yang kini sebahagian besarnya menjadi pelarian di negara-negara tetangga berhampiran Burma/Myanmar. Di samping itu, pihak DPPKIT juga sempat bersoal jawab dengan pihak MURM tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi meredakan koflik yang masih berlaku tanpa tanda kesudahan tersebut. 



Selepas sesi perbincangan berlangsung selama 1 jam lebih, pihak DPPKIT telah memohon penamatan perbincangan kerana perlu berkejar ke Negeri Sembilan untuk pertemuan kedua dengan pihak DPPNNS.
Sebelum menangguhkan majlis, pihak DPPKIT telah menyampaikan duit kutipan tabung solidariti untuk Rohingya sebanyak RM1231.00 yang telah dikumpulkan sebelum ini kepada Pengerusi MURM iaitu Ust Jaber.  




Selepas penyerahan duit kutipan, pihak MURM telah menjamu pihak DPPKIT dengan hidangan tengah hari ala Burma (mcm biryani daging). Kemudian sebelum beredar meneruskan perjalanan, kedua-dua pihak bergambar bersama sebagai kenangan.



Sekitar jam 1 t/hari delegasi DPPKIT terus bergerak menuju ke selatan tanahair bagi menghadiri kenduri kahwin adinda kepada sahabat exco DPPKIT saudara Shazwan seterusnya mengadakan pertemuan dengan exco DPPNNS. Pihak DPPKIT terpaksa menempuh 3 jam perjalanan kerana berlaku kesesakan lalulintas berhampiran Nilai Negeri Sembilan.

Pada pukul 4 petang pihak kami tiba dengan selamat di dewan Dato' Haji Maideen, tempat kenduri dan pertemuan yang dirancang. Setibanya kami di situ, kami terus dijamu oleh tuan rumah dengan hidangan kenduri yang disimpan khas untuk kami.



Kemudian selesai menjamu selera dan berehat, pertemuan santai bersama pimpinan DPPNNS dimulakan pada jam 5 petang juga di dewan tersebut. Tiga orang pimpinan DPPNNS yang hadir dalam sesi tersebut adalah Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendaharinya. Beberapa perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut berkisar tentang keputusan PRU ke-13 baru-baru ini serta sedikit perkongsian tentang langkah hadapan yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi meningkatkan sokongan pengundi bagi pilihanraya akan datang.



Perbincangan ini berakhir kira-kira pada pukul 6 petang. Sebelum berangkat pulang pihak DPPKIT telah bergambar bersama pimpinan DPPNNS yang hadir sebagai tanda kenangan. Tuan rumah juga memberikan sedikit juadah untuk dibawa balik oleh delegasi rombongan.


Pihak kami pulang ke Ipoh dengan penuh kepuasan kerana beranggapan semua objektif program telah tercapai dengan jayanya. Delegasi DPPKIT tiba di Ipoh kira-kira jam 11 malam setelah 5 jam menempuh perjalanan. Semoga program ini memberikan pengalaman yang berharga kepada semua anggota rombongan dan meningkatkan motivasi untuk bergerak kerja dengan lebih cemerlang selepas ini.

Dilaporkan oleh:
ZULQARNAIN
SU DPPKIT


1 ulasan:

PAK MUS berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Catat Ulasan