iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, November 27, 2009

Hadis ke 8 - Perintah Untuk Memerangi Manusia Yang Enggan Bersolat dan Berzakat

Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala.”

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wajibnya perang dan ianya memang difardhukan -
Allah Berfirman : “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci ….” (QS Al Baqarah : 216)

Demi untuk menolak tipu daya musuh seterusnya Muslimin dapat menaikkan bendera Islam ditanahair mereka -
Allah Berfirman lagi : “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah (kezaliman) lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.” (QS Al Baqarah : 193)

2) Siapakah yang akan terpelihara darah dan hartanya :
i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
ii) orang yang mendirikan solat fardhu.
iii) orang yang membayar zakat.
iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum hanya ditentukan oleh penguasa Islam pada zahir dan segala hukum yang batin terserah kepada Allah SWT. Allah SWT Memerintahkan secara WAJIB supaya perundangan Al Quran dijalankan di atas muka bumi.
Allah Berfirman : “Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali (syurga atau kerajaan Islam) …. “(QS Al Qashash : 85)

Pengajaran hadis:

Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan. Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya. lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

WAllahua’alam ….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan