iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, November 27, 2009

BTN: PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor


PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri itu, daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.

Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja.

Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong Umno/BN sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.

PAS juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.



Ustaz Hj Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan