iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, November 23, 2009

PEMUDA PAS MESTI BANGKIT DAN BERUBAH !!!!


TAIPING, 22 NOV - Hari ini Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah mengorak langkah yang pantas untuk menyusun kekuatan dalam mendepani pilihanraya pada masa yang terdekat ini.

Program ini berlangsung di Markas Tarbiyah Pas Air Kuning, Taiping dan bermula jam 10.00 pagi dan disertai oleh seluruh Jentera Dewan Pemuda Pas setiap kawasan.

Yang menariknya mengenai program ini adalah penampilan khas dari Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang tokoh akademik yang telah terlibat dalam seminar khas Pas yang berlangsung lebih kurang dua minggu lalu.

Program ini dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Saudara Salman Salleh dan diteruskan oleh taklimat ringkas oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Nazri Din.

Dalam ucapan perasmian oleh saudara Salman, beliau menekankan kepentingan untuk menggerakkan semula jentera pemuda dalam pilihanraya yang berlaku. Majlis ini turut akan disertai oleh 2 orang pengamal media yang dijemput khas untuk memberikan ulasan kepada isu yang dibincangkan sepanjang inkues ini.

Oleh kerana posting ini berkenaan dengan program dalaman parti, jadi pihak admin terpaksa rujuk 3 orang tertinggi dalam DPPKIT untuk isi postingnya. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan