iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, November 23, 2009

Sekitar Tamrin Pemuda Negeri 2009


TAIPING, 21 NOV - Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Pemuda Negeri Perak telah menganjurkan program tarbiyyah bagi menjana sakhsiyyah pemuda PAS di Perak. Program ini disertai oleh AJK Pemuda Kawasan dari 24 kawasan seluruh Perak. Antara pimpinan yang hadir memberi pengisian iaitu Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, AF Ustaz Kamaruddin Awang Basir dan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Negeri, AF Ustaz Sidek Nor.

Majlis bermula pada 21 Nov 2009 dengan pendaftaran pemuda-pemuda PAS Perak seawal jam 5.00 petang. Kemudian diikuti dengan bacaan Ma’turat secara berjema’ah selepas maghrib. Selepas menunaikan solat Isyak Jama’ie, program diteruskan lagi dengan Program LDK yang bertajuk Tadrib ‘Askari : SAMADA PERLU ATAU TIDAK DALAM PEMUDA PAS? Ianya terbahagi kepada 10 kumpulan lalu dibahagikan kepada dua : Pencadang dan Pembangkang.

Slot LDK berakhir jam 11.00 malam lalu diikuti dengan program Wajib Naum. Kami bangun seawal jam 4.30 pagi pada 22 Nov 2009 untuk mendirikan Qiamul Ibadah.

Selepas Solat Subuh Jama’ei, Kuliah Subuh disampaikan oleh AF Ustaz Sidek Nor. Selepas sarapan pagi, AF Ustaz Kamarudin Awang Basir menyampaikan pengisian mengenai Pengorbanan Pemuda : Demi Cinta Kepada Islam. Majlis disambung oleh Lajnah Pilihanraya Pemuda Negeri edngan menganjurkan Inkues Pilihanraya yang dimoderate oleh Professor Abu Hasan Hasbullah hingga ke petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan